Kosmo Online - Dunia |
- Pencemaran radiasi dalam makanan di Jepun serius
- Pesawat Stealth pulang selepas bom Libya
- Gaddafi jadi sasaran serangan Britain
Pencemaran radiasi dalam makanan di Jepun serius Posted: Pencemaran radiasi dalam makanan di Jepun seriusGAMBAR tidak bertarikh Jabatan Kesihatan Taiwan yang disiarkan kelmarin menunjukkan sampel kacang parang tercemar radiasi yang diimport dari Jepun. TOKYO - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pencemaran radiasi dalam makanan susulan letupan di loji nuklear Fukushima-Daiichi akibat gempa bumi dan tsunami merupakan situasi yang serius. Dalam satu kenyataannya semalam, WHO memberitahu bahawa debu radioaktif yang kini tersebar di udara telah menyebabkan makanan dan bekalan air bersih tercemar. "Tidak dapat dinafikan, pencemaran ini adalah serius," kata jurucakap WHO di Manila, Peter Cordingley dalam wawancara telefon dengan agensi berita Reuters. "Ia jauh lebih serius berbanding jangkaan awal bahawa pencemaran ini cuma terhad dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji tersebut. Beberapa bahan makanan tercemar telah ditemui di luar zon kontaminasi," tambahnya. Susulan perkembangan tersebut, Kementerian Luar Jepun menggesa orang ramai yang tinggal dekat dengan loji berkenaan supaya tidak meminum air paip selepas ia dikesan mengandungi bahan iodin radioaktif. Setakat ini, beberapa kes sayuran dan susu dicemari radiasi mencetuskan kebimbangan di Jepun dan negara-negara serantau walaupun Tokyo berulang kali memberi jaminan bahawa tahap pencemaran itu tidak merbahaya. Sebagai langkah pencegahan, kerajaan Jepun melarang penjualan susu mentah dari negeri Fukushima dan bayam di sebuah kawasan berdekatan. Mengulangi jaminan kerajaan Jepun sebelum ini, Cordingley berkata, tiada bukti bahawa makanan tercemar yang dikeluarkan di Fukushima sampai ke negara-negara lain.
Jepun mengeksport buah-buahan, sayuran, produk tenusu dan makanan laut dengan Hong Kong, China dan Amerika Syarikat (AS) merupakan pelanggan terbesarnya. Sementara itu, Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano mengaku situasi nuklear Jepun masih amat serius tetapi memberi jaminan negara itu akan dapat menanganinya secara efektif. Amano melahirkan keyakinan itu ketika mempengerusikan satu mesyuarat tergempar 35 negara yang membentuk lembaga pentadbiran IAEA di Vienna semalam. "Krisis loji nuklear Fukushima-Daiichi yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo masih belum selesai dengan situasi di loji itu masih serius. Namun saya yakin ia akan dapat ditangani," katanya. Beberapa reaktor nuklear di loji Fukushima-Daiichi meletup dan terbakar seterusnya melepaskan pencemaran radiasi sejak timur laut Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami pada 11 Mac lalu. Setakat ini, angka rasmi kematian adalah 8,450 orang dengan 12,931 masih hilang manakala anggaran kerugian akibat malapetaka berkembar itu mencecah AS$235 bilion (RM717 bilion). - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Pesawat Stealth pulang selepas bom Libya Posted: Pesawat Stealth pulang selepas bom LibyaSALAH satu daripada tiga buah pesawat kalis radar B-2 Spirit tiba di pangkalan udara Whiteman di Missouri setelah menyelesaikan operasi di Libya. MISSOURI - Seramai enam orang juruterbang pesawat kalis radar B-2 Stealth selamat pulang ke Amerika Syarikat (AS) selepas mengharung perjalanan sejauh 18,507 kilometer dari Libya, lapor sebuah akhbar semalam. Dipandu oleh dua pemandu setiap pesawat, mereka terpaksa berada di dalam kokpit pesawat selama 25 jam untuk menyempurnakan tugasan mengebom Libya. Semua juruterbang itu membuat perjalanan dari Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri ke Libya dan kembali semula ke pangkalan. Menurut Tentera Udara Amerika Syarikat, ketiga-tiga buah pesawat itu tiba pada pagi semalam selepas operasi pertama yang menyaksikan lebih 112 peluru berpandu Tomahawk telah dilancar dari kapal perang tentera bersekutu di Laut Mediterranean. Tidak dapat dipastikan bagaimana para juruterbang itu mampu berjaga sepanjang Operasi Odesi Subuh itu. Tetapi sebelum ini, terdapat katil lipat di bahagian belakang tempat duduk pemandu. Mereka juga mustahil untuk menggunakan alat kawalan pandu automatik untuk keseluruhan perjalanan, apatah lagi sewaktu mengebom sasaran kerana operasi tersebut memerlukan sepenuh perhatian. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Gaddafi jadi sasaran serangan Britain Posted: Gaddafi jadi sasaran serangan BritainLONDON - Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox (gambar) mengaku bahawa Britain menjadikan Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi sebagai sasaran sah untuk dibunuh sambil memberi jaminan orang awam akan terselamat daripada serangan tersebut, lapor sebuah akhbar semalam. Kenyataan itu jelas bercanggah dengan kenyataan pegawai Pentagon dan pemimpin Barat lain yang menegaskan Gaddafi bukanlah sasaran operasi ketenteraan yang dikenali sebagai Operasi Odesi Subuh itu. Fox juga menyatakan Britain berikrar untuk menghancurkan seluruh infrastruktur ketenteraan Gaddafi. Dalam serangan malam kedua oleh tentera sekutu Barat, sebuah bangunan pentadbiran tiga tingkat yang terletak dalam kawasan istana Gaddafi dikenali sebagai Bab Al-Aziziya musnah sama sekali selepas dibom. Seramai 300 penyokong pemimpin itu dipercayai berada di kawasan sama semasa serangan berkenaan. Tentera Britain membedil menggunakan peluru berpandu dalam serangan itu. Pesawat Tentera Udara Diraja Britain (RAF) pula melakukan pengeboman lanjut ke lokasi sama yang menempatkan kuarters-kuarters, berek-berek tentera, senjata anti-pesawat dan kemudahan lain. Sekurang-kurangnya 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan oleh tentera Amerika dan Britain yang memusnahkan 20 daripada 22 sasaran yang terletak di sekitar Tripoli dan Misrata. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan