Harian Metro: Global |
Posted: 21 Mar 2011 11:14 AM PDT TRIPOLI: Dalam tindakan yang sangat jarang diambil, pegawai Libya membawa wartawan asing melawat kubu Muammar Gaddafi semalam untuk menunjukkan bangunan yang musnah diserang tentera Bersekutu. Tidak jauh dari khemah suram tempat Gaddafi menerima tetamunya, sebuah bangunan tiga tingkat musnah, selain sebuah lubang jelas kelihatan.
Kawasan itu turut menempatkan kediaman peribadi, berek tentera dan kemudahan lain.
Jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim, berkata serangan itu tidak bertamadun.
Mengesahkan tiada kecederaan berlaku dalam serangan itu, Mussa enggan menyatakan sama ada Gaddafi berada di situ ketika kejadian.
|
Cubaan bunuh pemimpin Libya bukan idea bijak: Gates Posted: 21 Mar 2011 11:09 AM PDT DALAM PESAWAT TENTERA AS: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates, berkata tidak bijak bagi tentera Bersekutu cuba membunuh Muammar Gaddafi dalam serangan ke atas Libya. Ketika ditanya mengenai gesaan rakan sejawatannya dari Britain, Liam Fox, yang mencadangkan agar serangan itu mensasarkan Gaddafi, Gates berkata, operasi itu sepatutnya kekal dalam lingkungan resolusi diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Gates yang bercakap dalam pesawat tentera Amerika yang dalam penerbangan ke Russia berkata, campur tangan di Libya itu disokong oleh "pakatan yang amat berbeza-beza" dan memberi amaran, sebarang tindakan meluaskan matlamatnya akan merumitkan keadaan. "Saya juga berpendapat, adalah tidak bijak untuk menetapkan perkara yang anda boleh atau tidak boleh mencapainya sebagai matlamat khusus," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan