Rabu, 9 Mac 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Gaddafi sedia berundur

Posted:

Gaddafi sedia berundur

Gaddafi sedia berundur


SEBUTIR bom digugurkan dari sebuah jet pejuang tentera Muammar Gaddafi di bandar Ras Lanuf, Libya semalam.


TRIPOLI - Diktator Libya, Muammar Gaddafi memberi isyarat bahawa beliau bersetuju meninggalkan negara berkenaan setelah memerintah selama 41 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Gaddafi bagaimanapun, meletakkan syarat supaya beliau dan keluarganya diberikan sejumlah wang dan mereka dikecualikan daripada pendakwaan jenayah.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan bahawa pemimpin berusia 68 tahun itu turut mengusulkan supaya parlimen Libya mewujudkan satu tempoh peralihan bagi memberi laluan kepada beliau meletak jawatan.

Gaddafi diberitakan menghantar bekas perdana menteri, Jadallah Azzouz Talhi, bertemu para pemimpin penentang di bandar Bengazhi bagi mencapai satu persetujuan mengenai tawaran itu.

Mereka bagaimanapun menolak tawaran Gaddafi kerana menganggap ia satu penghinaan kepada mangsa-mangsa kekejamannya.

"Pendirian kami selama ini adalah jelas, Gaddafi perlu berundur dan tanpa syarat," kata seorang pegawai kumpulan penentang, Essam Gheriani.

Dalam perkembangan berkaitan, jet-jet pejuang Libya melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan udara berhampiran kedudukan pihak penentang di bandar pelabuhan minyak Ras Lanuf.

Serangan tersebut dilancarkan bagi menghalang tentera penentang daripada mara ke kubu kuat Gaddafi di ibu negara Libya, Tripoli.

Tiada laporan kecederaan setakat ini manakala seorang wartawan agensi berita Associated Press yang menyaksikan serangan udara tersebut menyatakan ia gagal mengenai pejuang penentang.

Sementara itu, seorang saksi memberitahu bahawa tentera yang setia kepada Gaddafi telah menawan semula bandar Zawiya yang terletak dekat dengan Tripoli yang sebelum ini jatuh ke tangan pihak penentang.

Saksi berkenaan yang menghubungi agensi berita Associated Press melalui telefon, berkata, sejumlah kereta kebal dan kenderaan tentera Gaddafi meronda di bandar tersebut yang terletak 50 kiolemeter ke barat Tripoli dan melepaskan tembakan rambang ke arah rumah-rumah penduduk. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuan Yew akui silap label Muslim

Posted:

Kuan Yew akui silap label Muslim

Kuan Yew akui silap label Muslim

SINGAPURA - Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengakui beliau silap tentang integrasi kaum Melayu dan Islam yang begitu baik di Singapura, lapor agensi berita Bernama semalam.

Kuan Yew membuat penarikan balik itu menerusi satu kenyataan kepada akhbar The Straits Times semalam.

Sebelum ini Kuan Yew membuat kenyataan berhubung kesukaran penduduk Muslim di Singapura berintegrasi dengan penduduk bukan Islam dalam buku terbarunya, Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going.

"Hard Truths adalah sebuah buku berdasarkan kepada siri temu ramah selama 32 jam dalam tempoh masa dua tahun," kata Kuan Yew.

"Saya telah membuat satu kenyataan mengenai integrasi umat Islam dengan komuniti lain pada dua atau tiga tahun lepas. Menteri-menteri dan Anggota Parlimen, kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu, sejak itu memberitahu saya bahawa Melayu Singapura sebenarnya mengambil usaha-usaha khusus untuk berintegrasi dengan masyarakat yang lain, terutama selepas kejadian 11 September 2001 (apabila pengganas menyerang Amerika Syarikat) dan bahawa apa yang saya nyatakan itu adalah ketinggalan zaman.

"Saya mengaku silap. Saya harap trend ini (integrasi) akan berterusan pada masa hadapan," kata Kuan Yew.

Buku itu, berasaskan kepada siri temu bual yang diberikan oleh Kuan Yew kepada sepasukan tujuh wartawan daripada akhbar The Straits Times, diterbitkan oleh syarikat Straits Times Press dan dilancarkan pada 21 Januari lalu.

Dalam kenyataan yang kontroversi itu, Kuan Yew berkata: "Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya kebangkitan Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah."

Sementara itu, agensi berita Dpa melaporkan Persatuan Muslim Profesional menyambut baik kenyataan Kuan Yew itu.

Menurut persatuan itu, kenyataan tersebut memang patut ditarik balik.

Beberapa pemimpin kerajaan di negara ini berusaha untuk dilihat tidak sependapat dengan kenyataan Kuan Yew itu.

Ekoran pilihan raya umum akan diadakan sebelum Jun depan, pentadbiran Singapura pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) berusaha untuk tidak meminggirkan penduduk Muslim yang mewakili 15 peratus daripada lima juta warga Singapura.- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah dijual RM98.18 juta selepas dibeli RM2.45 juta

Posted:

Rumah dijual RM98.18 juta selepas dibeli RM2.45 juta

Rumah dijual RM98.18 juta selepas dibeli RM2.45 juta


RUMAH yang mahu dijual Andrew Holeshowski pada harga RM98.18 juta di Oxshott, Surrey.


LONDON - Seorang jurutera awam berbangsa Poland, Andrew Holeshowski mahu menjual sebuah rumah agam pada harga £20 juta (RM98.18 juta) SETELAH DIA MEMBELI RUMAH ITU pada tahun 1993 dengan harga kurang daripada £500,000 (RM2.45 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Holeshowski, 64, dan isterinya, Sophie, 51, berkata, mereka telah membelanjakan berjuta-juta pound sterling untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menaikkan harga rumah itu.

Jurutera itu tiba di England dengan isterinya pada akhir tahun 70-an dengan hanya mempunyai wang tunai £1,000 (RM4,905) sahaja di dalam poketnya.

Rumah agam yang berkeluasan 2,694 meter persegi itu mempunyai sembilan bilik tidur, empat bilik di kotej, dua kolam renang, garaj untuk 20 buah kereta, panggung wayang dan landasan untuk helikopter. Terletak di Oxshott, Surrey dan dibina pada tahun 1880, penghuni rumah itu akan dapat melihat rumah pemain skuad bola sepak England, John Terry yang tinggal berhampiran dengan rumah tersebut. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan