Harian Metro: Global |
Barat mahu pecah Libya: Gaddafi Posted: 08 Mar 2011 09:18 AM PST TRIPOLI: Rejim Muammar Gaddafi semalam menuduh Barat bersekongkol untuk memecah-belahkan Libya. Menteri Luarnya, Mussa Kussa berkata: "Adalah jelas Perancis, Britain dan Amerika Syarikat kini berhubung dengan pemberontak di timur Libya.
Sementara itu, pentadbiran Barack Obama berkata, ia kini menimbang cadangan membekalkan senjata kepada pemberontak Libya.
Dalam pada itu, pertempuran baru dilapor meletus di Zawwiyah, tidak jauh dari Tripoli, kubu kuat Gaddafi.
Dalam perkembangan berkaitan, pemberontak mula berundur dari Ras Lanuf, bandar penapisan minyak utama apabila jet penggempur tentera Gaddafi melancarkan serangan berterusan dengan mensasarkan garisan pertahanan pemberontak di pinggir bandar itu. - AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 08 Mar 2011 09:15 AM PST DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada dalam keadaan stabil meskipun gelombang tunjuk perasaan yang melanda dunia Arab sudah merebak di negara Teluk. Sehubungan itu, pihak berkuasa UAE berkata, mereka tidak ada rancangan melaksanakan usaha baru berhubung keselamatan.
Negara Teluk yang kekayaan minyak mereka membolehkan penduduknya menjalani kehidupan mewah berbanding negara Arab lain sebelum ini dianggap mempunyai daya tahanan kental daripada mengekang merebaknya tunjuk perasaan Arab yang menyaksikan penggulingan pemimpin di Tunisia dan Mesir serta mencetuskan pemberontakan di Libya.
UAE, negara pengeksport minyak ketiga terbesar bersama-sama Qatar, pengeksport utama gas cecair asli dunia, dilihat sebagai negara Teluk yang kurang diancam kekacauan politik. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan