Jumaat, 18 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Protes terus merebak di Asia Barat

Posted:

Protes terus merebak di Asia Barat

Protes terus merebak di Asia Barat


pancaragam tentera membuat persembahan menuju ke Dataran Tahrir di tengah Kaherah untuk memberi sokongan kepada rakyat Mesir yang mengadakan 'Perarakan Kemenangan' meraikan kejayaan mereka menumbangkan Presiden Hosni Mubarak dalam tunjuk perasaan besar-besaran pada minggu lalu. – Agensi


MANAMA 18 Feb. – Protes antikerajaan terus merebak di Asia Barat dan Afrika utara bagi menuntut pembaharuan politik, hari ini dengan beribu-ribu penunjuk perasaan meneruskan bantahan selepas sembahyang Jumaat bagi mendesak pemimpin di beberapa negara di rantau terbabit meletak jawatan.

Di BAHRAIN, beribu-ribu rakyat berhimpun di Manama hari ini menuntut kerajaan monarki di negara ini ditumbangkan ketika pengebumian salah seorang penunjuk perasaan yang terbunuh semalam, sehari selepas berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan dengan tentera sehingga memaksa pihak berkuasa Bahrain mengerahkan kereta kebal ditempatkan di jalan-jalan utama di negara ini.

Penunjuk perasaan mendesak Raja Hamad bin Isa Al Khalifa serta orang di sekelilingnya meletakkan jawatan dan seruan menumbangkan sistem monarki yang dipimpin golongan Sunah yang memegang jawatan utama kerajaan di Bahrain serta diskriminasi terhadap puak Syiah yang merupakan majoriti penduduk di negara kecil di Asia Barat ini.

"Kami sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan. Tuntutan kami sangat mudah, kami mahu keseluruhan kerajaan meletak jawatan," kata pekerja kerajaan, Mohamed Ali, 40.

Di LIBYA, tentera ditempatkan di jalan-jalan raya di bandar Benghazi, bandar kedua terbesar di negara itu hari ini, selepas beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun bagi membantah tindakan pasukan keselamatan membunuh sekurang-kurangnya 24 penunjuk perasaan semasa berlaku pertempuran dengan penunjuk perasaan.

Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan menerusi sumber dalamannya berkata, pasukan keselamatan negara itu telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dalam satu tindakan keras ke atas penunjuk perasaan sejak kelmarin.

Sementara itu, menurut sebuah sumber hospital, seramai 14 orang lagi maut hari ini dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan antikerajaan di Benghazi, yang mengadakan tunjuk perasaan yang masuk hari ketujuh hari ini.

Sementara itu, pemimpin Libya, Muammar Ghadafi membuat rondaan berkereta di sekitar ibu negara Tripoli bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Di YEMEN, dua orang maut, manakala kira-kira 26 orang cedera parah hari ini apabila sebuah bom tangan di lontar ke arah kumpulan penunjuk perasaan antirejim di tengah bandar raya Taez, di utara ibu negara Sanaa.

Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan antirejim di bandar Aden semalam, mengorbankan tiga orang ketika lebih banyak protes dijangka berlaku di ibu negara Sanaa selepas solat Jumaat hari ini.

Seorang pegawai di Hospital Jumhuriah, Aden berkata, tiga mayat telah dihantar ke bilik mayat dan 19 orang lagi cedera dengan dua daripada mereka parah dan sedang menjalani pembedahan.

Polis dilaporkan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang berhimpun di kawasan kediaman Al-Mansura, Aden bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Ali Abdullah Saleh yang telah memerintah Yemen selama 32 tahun.

Penunjuk perasaan melaungkan 'Ali Berambus' dan bertindak merosakkan kedai, membakar tayar dan meletakkan penghadang di jalan-jalan bagi menyekat lalu lintas, menurut koresponden AFP.

Di ALGIERS, seorang bekas pemimpin kanan rejim, Abdelhamid Mehri semalam mendesak perubahan politik segera dilaksanakan di Algeria menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Presiden Abdelaziz Bouteflika.

Mehri dalam suratnya menuduh rejim negara itu 'tidak mampu menyelesaikan masalah negara yang semakin kusut dan kompleks dan tidak bersedia berhadapan cabaran masa depan yang lebih sukar dan serius'.

Di IRAN, keadaan berbeza berlaku apabila penunjuk perasaan pro-rejim berhimpun di jalan-jalan di kota Teheran selepas solat Jumaat hari ini bagi mengecam 'pengkhianat' yang ditujukan kepada ketua pembangkang, Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi yang menentang pemerintahan ulama Iran.

Mereka berarak keluar dari Universiti Teheran selepas solat Jumaat dan menyertai kumpulan pro-rejim lain untuk mengutuk Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesir adakan 'Perarakan Kemenangan'

Posted:

Mesir adakan 'Perarakan Kemenangan'

Mesir adakan 'Perarakan Kemenangan'

KAHERAH 18 Feb. - Rakyat Mesir mengadakan 'Perarakan Kemenangan' di seluruh negara hari ini untuk meraikan kejayaan mereka menggulingkan Presiden Hosni Mubarak selepas mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran selama 18 hari, di samping untuk mengingatkan pemerintah tentera tentang kuasa rakyat.

Skop perarakan itu, yang turut menjadi acara bagi memperingati 365 orang yang terkorban dalam pemberontakan selama 18 hari itu, yang menggegarkan seluruh rantau Asia Barat, akan menjadi ukuran kuasa rakyat Mesir dan sentimen mereka mengenai peralihan kuasa kepada pemerintahan awam.

Tindak-tanduk tentera dalam menangani perarakan itu akan menjadi tumpuan ramai, kerana Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir menghadapi tekanan supaya membebaskan tahanan politik dan menarik balik perintah darurat selepas membubarkan Parlimen dan menggantung Perlembagaan.

"Kami mencapai persetujuan dengan tentera untuk mengadakan persiapan bagi sambutan hari ini," kata Ahmed Naguib, anggota jawatankuasa penyelarasan bagi gabungan pertubuhan belia dan prodemokrasi.

"Syeikh Qaradawi akan mengimamkan solat Jumaat dan menyampaikan khutbah di Dataran Tahrir," kata Naguib, yang merujuk kepada ulama Qatar yang menyokong pemberontakan rakyat Mesir dan menyifatkannya sebagai 'hari daripada Tuhan'.

Suasana di Dataran Tahrir kelihatan santai dan penuh kemeriahan sementara tentera menutup kawasan itu kepada lalu lintas sebelum solat Jumaat pada 12 tengah hari (6 petang waktu Malaysia).

Askar dan penganjur memeriksa orang ramai yang masuk ke dataran itu, dan sebuah pancaragam tentera memainkan lagu kebangsaan.

Kehidupan di Mesir masih belum pulih, seminggu selepas pemberontakan rakyat yang tertumpu di dataran tersebut, kerana kereta kebal masih ditempatkan di jalan-jalan raya, bank dan sekolah masih ditutup manakala pekerja melancarkan mogok.

Pegawai keselamatan berkata, Perdana Menteri Ahmed Shafiq akan mengumumkan barisan menteri dalam kerajaan peralihan pada minggu depan dan berharap rombakan itu akan membantu menenteramkan penunjuk perasaan dan pekerja yang mogok.

"Shafiq akan mengumumkan kerajaan baru selewat-lewatnya Isnin ini, dan langkah itu diharap akan menyakinkan rakyat supaya kembali menjalani kehidupan harian mereka," kata pegawai itu. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan