Jumaat, 18 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Penembak tepat bunuh orang awam

Posted: 17 Feb 2011 11:25 AM PST

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Libya, kata pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan, semalam.

Menjelang perarakan Hari Kemarahan yang dianjurkan aktivis siber hari ini, mereka mendakwa pasukan keselamatan Libya dan Jawatankuasa Revolusi menggunakan peluru hidup bagi memaksa penunjuk perasaan aman anjuran pergerakan pemuda al-Baida bersurai.


Pertubuhan hak asasi berpangkalan di London, Libya Watch, berkata sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan maut.

Pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di Geneva, Human Rights Solidarity, pula berkata penembak tepat ditempatkan di bumbung bangunan membunuh sehingga 13 penunjuk perasaan.


Berpuluh-puluh yang lain pula cedera.


Perarakan Kemarahan yang dirancang itu bakal menjadi ujian kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, 68, yang memerintah negara itu sejak 1969. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda Mesir tubuh parti

Posted: 17 Feb 2011 08:49 AM PST

KAHERAH: Kumpulan pemuda Mesir yang menggerakkan reformasi di negara itu bertindak menubuhkan parti politik baru, semalam, ketika sebuah jawatankuasa berusaha menggubal perlembagaan baru sebagai persediaan pilihan raya umum dalam tempoh enam bulan.

Majlis Tertinggi Tentera yang menguasai kerajaan selepas Hosni Mubarak tumbang kini tertekan apabila dituntut membebaskan tahanan politik.


Mereka turut mahu perintah darurat ditarik balik.

Pemimpin prodemokrasi pula bercadang mengumpulkan sehingga sejuta orang di jalan raya bagi menyertai Perarakan Kemenangan hari ini untuk meraikan penyingkiran Hosni.


Perarakan itu juga mungkin dibuat bagi memberi peringatan kepada tentera terhadap apa yang boleh mereka lakukan melalui protes jalan raya.


Sementara itu, kehidupan seharian di Mesir selepas era Hosni, 82, belum pulih sepenuhnya apabila kereta kebal masih banyak ditempatkan di jalan raya Kaherah.

Institusi kewangan pula masih ditutup, kakitangan awam terus mengadakan protes dan sekolah masih belum dibuka.


Jurucakap tentera, Jeneral Ismail Etmaan, berkata Mesir kini berdepan ujian.

"Adakah anda gembira berdemonstrasi, mogok dan membiarkan kilang dan bank terus ditutup?" katanya melalui ucapan di televisyen, malam kelmarin.


Menurut Ismail, tentera akan memulihkan keadaan Mesir tetapi ia memerlukan bantuan orang awam.


"Tentera ada cita-cita tertentu dan akan mengembalikan kuasa kepada pihak awam apabila keadaan mengizinkan," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, dua kapal perang Iran membatalkan rancangan melalui Terusan Suez, sekali gus melegakan tentera yang berdepan dengan konflik polisi jika ia diteruskan.


Cadangan Iran itu dianggap Israel sebagai 'provokasi' dan jika diteruskan akan membawa Mesir - sekutu rapat Tel Aviv dan Washington selama ini - ke dalam konflik diplomatik. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan