Sabtu, 22 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Indonesia mahu jadi peneraju Asia

Posted:

Indonesia mahu jadi peneraju Asia

Indonesia mahu jadi peneraju Asia

JAKARTA 22 Jan. - Indonesia akan menjadi tuan rumah kepada Forum Ekonomi Dunia Asia Timur yang akan berlangsung di sini pada 12 dan 13 Jun ini, lapor agensi berita China, Xinhua memetik akhbar tempatan hari ini.

Menteri Perdagangan, Mari Elka Pangestu dipetik Jakarta Post sebagai berkata, negara itu juga akan menjadi hos kepada Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.

"Kami akan menunjukkan kepada negara-negara ASEAN dan Asia Timur bahawa Indonesia bersedia memainkan peranan sebagai peneraju di rantau ini,'' katanya.

Ia merupakan kali pertama Indonesia menjadi tuan rumah kepada forum berkenaan selepas Singapura, Jepun, Malaysia dan Vietnam.

Beliau berkata, Indonesia buat pertama kali diberikan keyakinan untuk mempengerusikan forum itu yang diadakan sempena dengan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

"Kami mahu Indonesia memainkan peranan sebagai pemimpin dan menjadi antara pemain utama di rantau Asia Timur dan Asia Tenggara,'' ujarnya.

Menteri Perdagangan itu berkata, forum tersebut akan membincangkan isu-isu global seperti ketidakstabilan harga komoditi dan keperluan makanan ruji dan tenaga.

Isu lain termasuk penglibatan pihak swasta untuk meningkatkan ekonomi negara, pembangunan dan pelaburan kekal untuk pembangunan pertanian.

Penglibatan Indonesia dalam Forum Ekonomi Dunia bukan sahaja untuk menunjukkan pembangunan negara itu tetapi juga untuk peningkatan hubungan dua hala dengan negara-negara dan komuniti perniagaan antarabangsa. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ghannouchi mahu letak jawatan

Posted:

Ghannouchi mahu letak jawatan

Ghannouchi mahu letak jawatan


PENUNJUK perasaan Tunisia memegang poster tertera nama Ghannouchi dan Ben Ali untuk menyatakan pemerintahan kedua-dua pemimpin itu yang tiada bezanya semasa satu tunjuk perasaan di Tunis, kelmarin. – Reuters


TUNIS 22 Jan. – Perdana Menteri Tunisia, Mohammed Ghannouchi berikrar akan meletakkan jawatannya selepas mengadakan pilihan raya umum pertama yang adil sejak mencapai kemerdekaan selepas penggulingan Presiden Zine El Abidine Ben Ali.

Pemimpin itu berkata, beliau akan bersara daripada dunia politik apabila proses peralihan selesai.

Beliau turut berjanji untuk melaksanakan pilihan raya yang bersifat telus dan demokrasi, yang pertama sejak negara itu merdeka daripada Perancis pada 1956.

"Semua undang-undang yang tidak bercirikan demokrasi akan dimansuhkan,'' katanya.

Beliau berkata, Tunisia memiliki individu yang berkemampuan dan berkeupayaan untuk mentadbir negara itu.

Katanya, seperti rakyat Tunisia yang lain, beliau juga takut kepada Ben Ali.

Perdana Menteri itu yang memegang jawatan tersebut dalam kerajaan pimpinan Ben Ali yang digulingkan minggu lalu berkata demikian ketika para penunjuk perasaan menggesa semua pemimpim regim lama itu disingkirkan dari kerajaan.

Ghannouchi berjanji pilihan raya umum dan pilihan raya Presiden akan diadakan dalam tempoh enam bulan, tetapi tarikh sebenar masih belum diumumkan.

Perlembagaan negara itu menyatakan pengundian perlu diadakan dalam tempoh dua bulan. – AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan