Selasa, 18 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Katie Price hilang sabar

Posted: 17 Jan 2011 07:48 AM PST

LONDON: Harapan Alex Reid untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan Katie Price boleh dianggap berakhir selepas gambarnya bergurau dengan anak model itu dijual kepada media, kata sumber semalam.

Reid, 35, didakwa menggunakan anak tirinya, Junior, untuk menggambarkan dirinya seorang lelaki baik dan meraih simpati banyak pihak.


Bagaimanapun, kata sumber, Katie - atau dikenali sebagai Jordan - amat berang kerana dia memang mahu menyembunyikan Junior serta dua lagi anaknya daripada orang ramai.

Junior, 5, adalah anak Katie hasil hubungannya dengan suami terdahulu, Peter Andre.


Gambar Reid dan Junior dirakam di sebuah gimnasium.


Sumber berkata, Katie, 32, hilang sabar dengan kerenah Reid dan enggan bertolak ansur lagi dengan atlet sukan lasak itu.

"Amat menjijikkan apabila Reid mengeksploitasi budak berusia lima tahun ketika dia tahu Katie tidak suka dengan perbuatan itu," katanya.


Disebabkan perbuatan itu, kata sumber, Katie kini 'mengisytiharkan perang' ke atas Reid.

Semalam, dia dilihat menyorok di bawah selimut ketika menaiki kereta dipandu rakannya untuk ke rumahnya di Woldingham, Surrey.


Di situ Katie - ketika ini menumpang di rumah rakannya - bersemuka dengan Reid.


Kata sumber, Katie meluat melihat Reid dan bertegas mahu suaminya meninggalkan rumah berkenaan.


"Katie juga tidak teragak-agak menyatakan bahawa perkahwinan mereka kini berakhir," katanya.


Menurut sumber itu, Katie kini bersedia melakukan apa saja untuk mencapai hajatnya memulakan hidup baru tanpa Reid.


"Sebaik Reid keluar dari rumah itu, Katie pasti menukar kunci kediaman berkenaan bagi memastikan Reid tak kembali," katanya. - DM

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lelaki kacak, wanita cantik miliki IQ lebih tinggi

Posted: 17 Jan 2011 07:46 AM PST

LONDON: Selain sering dilihat bertuah kerana sentiasa menjadi perhatian, seseorang yang memiliki wajah segak atau lawa juga didapati lebih cerdas berbanding orang lain.

Kajian terbaru dilakukan di Britain dan Amerika Syarikat mendapati, tahap purata IQ individu berwajah segak atau lawa adalah 14 mata lebih tinggi daripada orang biasa, Keputusan itu sekali gus menolak kepercayaan ramai bahawa wanita berambut perang atau lelaki kacak kurang cerdik.


Kajian itu dilakukan Sekolah Ekonomi London (LSE), baru-baru ini.

Menurut keputusan kajian itu, seseorang yang memiliki penampilan menarik mampu memikat pasangan yang bukan saja sama menawan, malah cerdas akal fikirannya.


Hasil hubungan itu, kata kajian berkenaan, pasangan terbabit boleh mendapat anak yang kemungkinan besar mewarisi kualiti fizikal dan mental mereka.


Penyelidik LSE, Satoshi Kanazawa, berkata daya tarikan fizikal mempunyai kesan ketara terhadap kecerdasan umum, sama ada dalam kawalan atau tidak.

"Hubungan di antara daya penarik dan kecerdasan turut semakin kuat di kalangan lelaki dan wanita," katanya. Antara selebriti Barat yang memiliki daya penarik fizikal dan cerdas minda adalah supermodel, Lily Cole (pernah belajar di Universiti Cambridge) dan pelakon, Kate Beckinsale (lulusan Universiti Oxford). - DM

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan