Berita Harian: Dunia |
Posted: 18 Jan 2011 12:40 PM PST Dunia ABDOU cedera selepas cuba membakar dirinya di luar bangunan Parlimen akibat tak puas hati dasar kerajaan Mesir melarang pemilik restoran membeli roti subsidi. KAHERAH: Penunjuk perasaan di tiga negara, Mesir, Mauritania dan Algeria, bertindak meniru pencetus revolusi Tunisia dengan membakar diri sebagai bantahan terhadap keadaan politik di negara masing-masing. Penganalisis berkata, walaupun kejadian bunuh diri kelmarin itu masih dianggap terpencil, ia memberi gambaran perasaan tidak puas hati rakyat terhadap rejim pemerintah di dunia Arab yang enggan melaksanakan pembaharuan. Dalam kejadian di Tunisia bulan lalu, seorang graduan menganggur Mohamed Bouazizi, 26, membakar dirinya selepas kecewa apabila pihak polis menghalang beliau berniaga buah dan sayur-sayuran, mencetuskan bantahan rakyat sehingga menumbangkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, Sabtu lalu.Bouazizi kemudian mati di hospital. Di Mesir, seorang pemilik restoran kecil berusia 48 tahun membakar dirinya di luar bangunan Parlimen kelmarin, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan melarang pemilik restoran membeli roti subsidi. Dia bagaimanapun terselamat dengan kecederaan ringan di leher, muka dan kaki.
Di Algeria, seorang lelaki menghidap penyakit kronik membakar dirinya di Ghardaia selepas bertelagah dengan pihak hospital membabitkan harga ubat dan dimasukkan ke hospital akibat melecur. Pihak berkuasa Algeria berkata, setakat ini tujuh orang di tujuh bandar negara itu cedera atau mati akibat membakar diri, manakala seorang lelaki berusia 37 tahun di sempadan Tunisia meninggal dunia kerana membakar dirinya. Di bandar Mascara, penduduk tempatan berjaya menghalang cubaan seorang peniaga ikan membakar dirinya. Sementara itu, di Mauritania, seorang lelaki yang marah dengan kerajaan membakar diri di dalam keretanya di luar sebuah bangunan kerajaan di ibu negara itu Nouakchott. Pegawai kementerian luar, Adbou Ould Sidi berkata polis mengejarkan Yacoub Ould Dahoud, 43, ke hospital berikutan kecederaan yang dialami. – AP
|
Posted: 18 Jan 2011 12:35 PM PST Dunia SUKARELAWAN membersih persekitaran kediaman yang dipenuhi lumpur akibat banjir selepas Sungai Brisbane melimpah ke bandar Westend, Khamis lalu. Victoria adalah negeri terbaru yang diancam banjir sejak bencana alam itu melanda Queensland, menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh. Bandar Horsham berubah menjadi tasik, apabila air Sungai Wimmera melimpahi tebing, mengakibatkan penduduknya terpisah kepada dua kawasan. Datuk Bandar, Michael Ryan, berkata 500 rumah di bandar dengan 14,000 penduduk itu ditenggelami air dan menyifatkan bencana kali ini sebagai yang terburuk dalam tempoh 200 tahun.Beliau berkata, pegawainya mengeluarkan tiga amaran kecemasan. Pengawal Perkhidmatan Kecemasan Negeri, Stephen Warren, berkata paras air surut secara perlahan sepanjang hari. Sementara itu di bahagian tengah dan utara Victoria, lebih 3,500 penduduk dipindahkan, manakala 51 bandar dan 1,500 hartanah kini terjejas akibat paras air yang semakin naik. – AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan