Rabu, 12 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Brisbane dilanda banjir terburuk

Posted: 12 Jan 2011 11:21 AM PST

Dunia

BEBERAPA buah kereta dihanyutkan air deras dalam kejadian banjir di Queensland, semalam.

BEBERAPA buah kereta dihanyutkan air deras dalam kejadian banjir di Queensland, semalam.

20,000 rumah dijangka dinaiki air

BRISBANE: Siren kecemasan kedengaran di seluruh Brisbane semalam ketika air banjir melimpah masuk ke pusat bandaraya ketiga besar Australia itu yang sudah dikosongkan.

Banjir terburuk dialami Brisbane dalam seabad itu menyaksikan air berlumpur yang melimpah dari Sungai Brisbane mencapai ketinggian lampu trafik di sesetengah tempat dengan jangkaan 20,000 rumah dinaiki air. Sekurang-kurangnya 22 orang mati di negeri timur laut Australia, Queensland sejak hujan bermula November lalu yang menyebabkan kawasan seluas Perancis dan Jerman ditenggelami air.

Penduduk Brisbane yang berjumlah dua juta orang sudah membuat persiapan sejak dua hari lalu untuk memindahkan keluarga dan barang mereka ke tempat yang lebih tinggi dengan sesetengah daripada mereka bertindak meletakkan perabot di atas bumbung.

Sungai Brisbane diramal mencapai paras tertinggi hari ini dan jika jangkaan ini tepat paras banjir tidak akan mencapai ketinggian banjir besar yang melanda bandaraya itu pada 1974.

"Bagaimanapun bencana kali ini tetap besar dan oleh kerana Brisbane sekarang lebih besar dan mempunyai lebih ramai penduduk, kesannya buruk," kata Ketua Menteri Queensland, Anna Bligh.
"Bencana ini tetap akan meranapkan sebahagian daripada bandaraya kita," katanya.
Bencana itu memuncak Isnin lalu apabila ribut mencetuskan 'tsunami' setinggi lapan meter yang melanda secara tiba-tiba bandar Toowoomba dan pekan lebih kecil di barat Brisbane.

Seramai 12 orang terkorban dalam banjir kilat berkenaan dan jumlah yang hilang dilaporkan seramai 43 orang.

Sungai Brisbane mula melimpah kelmarin dan terus mencatat kenaikan paras semalam selepas kunci air di empangan besar di hulu sungai terpaksa dibuka selepas mencapai paras bahaya berikutan hujan berterusan.

Dua pusat perpindahan dibuka di Brisbane dan lebih 6,500 pendudukan dijangka menggunakan kemudahan itu dalam masa beberapa hari lagi. Pihak berkuasa menggesa penduduk di kawasan rendah supaya menyiapkan rumah mereka dan tinggal bersama rakan atau keluarga serta menjauhkan jalan raya.

"Insiden ini bukan satu acara pelancongan, ini adalah bencana alam yang serius," kata Bligh. – AP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Doktor Michael Jackson didakwa bunuh tanpa niat

Posted: 12 Jan 2011 11:21 AM PST

Dunia

Conrad Murray

Conrad Murray

LOS ANGELES: Mahkamah kelmarin mengarahkan doktor peribadi
Michael Jackson untuk dibicarakan atas dakwaan membunuh tanpa niat kerana menyuntik ubat pelali kuat secara berlebihan ke dalam tubuh Raja Pop itu.
Conrad Murray, yang mendakwa dia hanya merawat Jackson untuk masalah insomnia apabila penyanyi itu meninggal dunia pada Jun 2009, juga digantung lesen amalan perubatannya di California. Hakim Mahkamah Tinggi Michael Pastor berkata langkah pergantungan itu dibuat berikutan permintaan oleh Lembaga Perubatan California di atas alasan kepentingan awam.
Murray akan didakwa pada 25 Januari ini, hakim Mahkamah Tinggi di sini memutuskan selepas perbicaraan enam hari yang mendengar bukti bahawa doktor itu cuba menyembunyikan hakikat bahawa dia memberi Jackson ubat pelali kuat propofol secara berlebihan.

Kematian Jackson mengejutkan dunia hiburan dan mencetuskan perdebatan hebat berhubung kesihatan penghibur itu sebelum konsert di London dikenali sebagai jelajah 'This is It'.

Murray, yang dilahirkan di Grenada dan dibesarkan di Trinidad sebelum berpindah ke Amerika Syarikat mungkin berdepan hukuman penjara empat tahun dan kehilangan lesen perubatannya jika dia disabit kesalahan.
Pendakwa raya berkata Murray, 57, 'mengabaikan pesakitnya' selepas memberi propofol di antara jam 10.40 pagi dan 11 pagi untuk membantu Jackson tidur dan kemudian cuba menutupinya selepas kematian penyanyi itu.

Keputusan mahkamah kelmarin memang dijangkakan selepas seorang pakar forensik memberi keterangan kelmarin bahawa kematian Jackson adalah satu pembunuhan, menyatakan penyanyi itu secara umum berada dalam kesihatan baik ketika meninggal dunia pada 25 Jun 2009 di rumah di sini. – AFP/Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan