Rabu, 29 Disember 2010

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Kekacauan berterusan di selatan Thai

Posted:

Kekacauan berterusan di selatan Thai

Kekacauan berterusan di selatan Thai


Anggota keselamatan Thailand memeriksa mayat seorang lelaki yang dipercayai suspek militan selepas satu serbuan di wilayah Pattani, selatan Thailand, kelmarin. – REUTERS


NARATHIWAT 29 Dis. – Satu letupan kenderaan menggegarkan wilayah selatan Thailand hari ini menyebabkan tujuh orang cedera, sehari selepas kerajaan menarik balik perintah darurat di satu daerah di kawasan bergolak ini.

Menurut pihak berkuasa, bom buatan sendiri yang mempunyai kira-kira 15 kilogram bahan letupan telah dimasukkan ke dalam alat pemadam api dan kemudiannya diletupkan menggunakan telefon bimbit di hadapan pejabat jabatan lebuh raya di Narathiwat.

Tiga pegawai kerajaan dan empat penduduk kampung cedera dalam letupan yang turut merobek bumbung kenderaan itu.

Dalam kejadian berasingan di wilayah Yala, suspek pemberontak meletupkan bom di tepi jalan dan cuba menyerang hendap pegawai peronda keselamatan, tetapi tiada yang cedera.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkata, pergolakan terbaru itu tidak akan mengubah rancangan kerajaannya untuk menarik balik perintah darurat di sebuah daerah di wilayah itu sebagai ujian kepada wilayah yang dihuni majoriti penduduk Islam ini.

"Kami akan menilai dari satu kawasan ke satu kawasan dan membuat penilaian secara umum," katanya kepada wartawan di Bangkok.

Abhisit juga melahirkan keyakinannya sambutan tahun baru di Bangkok akan berjalan secara aman. – AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

NU tolak Indonesia negara Islam

Posted:

NU tolak Indonesia negara Islam

NU tolak Indonesia negara Islam

LOMBOK TIMUR 29 Dis. – Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) menolak cadangan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam.

Pengerusi NU, Said Aqil Siradj berkata, NU akan kekal dengan komitmennya menyokong 'Pancasila', ideologi Indonesia yang dibentuk pada 1945 dan tidak ada sebab untuk mengubahnya.

"NU akan terus menyokong sepenuhnya Pancasila sebagai asas undang-undang negara ini ," katanya kepada beratus-ratus anggota NU di Pondok Pesantren, Izudin Al Badar di Kampung Rakam di Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat.

Menurut beliau, Pancasila selaras dengan persepsi Indonesia terhadap dunia dan diterima oleh semua rakyat dari Sabang hingga ke Merauke.

"Mari kita sama-sama menyokong asas negara yang sedia ada ini dengan harapan ia dapat membangunkan Indonesia dengan lebih baik," katanya.

Said Aqil Siradj berkata, jika Indonesia menjadi sebuah negara Islam, ia perlu menjamin kelakuan dan tingkahlaku rakyatnya selari dengan ajaran Islam.

Katanya, banyak penduduk terutamanya di negara yang menggunakan Islam sebagai asas mereka tidak berkelakuan seperti yang diajar oleh agama Islam. Ini perlu ditimbangkan sebelum menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara Islam.

"Negara Islam tidak sesuai di negara ini dan membentuk negara Islam bukan mudah seperti yang difikirkan oleh beberapa pihak," tegas Said Aqil. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan