Berita Harian: Dunia |
Posted: 29 Dec 2010 12:18 PM PST Dunia Ketua polis bahagian maut, ibu pejabat runtuh dalam serangan di BaghdadBAGHDAD: Tiga penyerang bunuh diri meletupkan diri masing-masing di ibu pejabat polis di Mosul semalam, meruntuhkan bangunan itu dan membunuh ketua polis bagi bahagian utara negara itu dan beberapa yang lain. Serangan di bekas kubu kuat al-Qaeda itu bermula apabila tiga lelaki memakai ves sarat dengan bahan letupan menyusup masuk ke dalam perkarangan kawasan kediaman Batalion per tama polis Iraq itu pada jam 6 pagi waktu tempatan, kata polis. Polis menembak mati salah seorang penyerang terbabit di kawasan terbuka dan ves yang dipakainya meletup.Namun ketika keadaan kucar-kacir yang menyusul dua lagi penyerang bunuh diri merempuh masuk bangunan ibu pejabat polis. Salah seorang daripada penyerang memasuki pejabat tingkat bawah komander batalion itu, Lt. Kol. Shamil al-Jabouri yang sedang tidur di dalam pejabatnya ketika itu dan meletupkan dirinya, membunuh ketua polis itu serta merta, kata seorang anggota polis yang menyaksikan insiden itu. Seorang lagi penyerang pula meletupkan dirinya selepas letupan pertama itu. Kekuatan kedua-dua letupan meruntuhkan bangunan itu dan komander polis berkenaan bersama-sama beberapa anggota lain tertindih di bawah runtuhan. Pegawai hospital mengesahkan kematian dan berkata mereka merawat beberapa lagi anggota polis yang lain. Pasukan penyelamat bekerja keras mengangkat runtuhan untuk mencari mangsa yang lain. Seorang pegawai kanan keselamatan di wilayah Mosul, Abdul-Raheem al-Shemeri berkata beliau percaya al-Jabouri yang sebelum ini bertanggung jawab mengusir keluar militan al-Qaeda dari Mosul, menjadi sasaran serangan itu. Militan sebelum ini beberapa kali cuba membunuh al-Jabouri dengan terbaru pengawal komander polis itu menembak mati seorang penyerang bunuh diri yang cuba meletupkan dirinya berhampiran ketuanya itu. Belum ada mana-mana pihak mengaku bertanggung jawab terhadap serangan semalam. – AP |
Presiden Venezuela cabar AS singkir duta Posted: 29 Dec 2010 12:17 PM PST Dunia CHAVEZ ketika menyampaikan ucapan tahun baru kepada pasukan tentera di sebuah berek di Maracay, kelmarin. Chavez menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan diplomat AS, Larry Palmer menjadi duta dan berkata: "Jika kerajaan ingin menyingkir duta kami di sana, lakukanlah!" Tambahnya: "Jika mereka ingin memutuskan hubungan diplomatik, lakukanlah!" Jabatan Negara AS berkata ia mempertahankan pencalonan Palmer, yang sedang menanti pengesahan Senat. Palmer menimbulkan kemarahan Chavez apabila beliau berkata semangat dalam tentera Venezuela adalah rendah dan bimbang pemberontak dari Colombia sedang berusaha untuk mendapat perlindungan di Venezuela. Palmer berkata demikian ketika proses pengesahan jawatannya. Jurucakap Jabatan Negara, P J Crowley minggu lalu berkata keputusan Venezuela tidak menerima Palmer selepas meluluskannya pada peringkat awal - akan memberi kesan kepada perhubungan dengan Venezuela, dan bahawa kerajaan AS akan menimbang apa yang perlu dilakukannya."Memandangkan kerajaan AS mengancam untuk mengambil tindakan balas, biarkan mereka buat apa yang mereka suka, tetapi orang berkenaan tidak boleh datang," tegas Chavez dalam ucapan menerusi televisyen. Setakat ini tiada reaksi daripada Kedutaan AS di Caracas, yang tidak mempunyai duta sejak Patrick Duddy tamat tempoh tugasnya dan balik Julai lalu. Chavez, yang kedudukan ekonominya bergantung besar pada jualan minyak kepada Amerika Syarikat, menuduh Palmer tidak menghormati kerajaan Venezuela apabila menyatakan kebimbangannya berhubung beberapa subjek sensitif - termasuk tuduhan pada 2008 oleh Jabatan Perbendaharaan AS bahawa tiga anggota dalaman Chavez membantu pemberontak Colombia dengan membekalkan senjata dan menolong operasi pengedaran dadah.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan