Rabu, 29 Disember 2010

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


400 orang bermalam dalam tren

Posted:

400 orang bermalam dalam tren

400 orang bermalam dalam tren


BEBERAPA orang tidur di dalam sebuah tren dekat Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York kelmarin.


NEW YORK – Seramai 400 penumpang terpaksa bermalam di dalam sebuah tren di sini selepas rangkaian tren bawah tanah lumpuh akibat ribut salji yang melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Salah seorang penumpang, Christopher Mullen, 42, berkata, dia terpaksa tidur dalam suhu sejuk melampau, tanpa makanan dan air selama lapan jam selepas menaki tren itu bersama teman wanitanya untuk pulang ke rumah mereka di sini.

Terdahulu, mereka pulang dari bercuti di Cancun, Mexico dengan menaiki penerbangan ke AS.

"Saya mengerekot dengan teman wanita saya untuk memanaskan badan. Saya menyesal kerana tidak membawa kot tebal. Saya tidak menyangka cuaca akan menjadi seburuk ini," katanya.

Tren itu hanya bergerak semula pada pukul 9 pagi waktu tempatan semalam.

Sementara itu, kawasan timur laut AS semakin pulih daripada ribut salji yang merupakan antara terburuk pernah melanda negara itu sejak beberapa tahun lalu.

Salji tebal turut melanda negeri Maine, timur laut AS hingga ke Kanada di utara dan Carolina di selatan AS. – Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

29 robot ajar bahasa Inggeris

Posted:

29 robot ajar bahasa Inggeris

29 robot ajar bahasa Inggeris


ROBOT digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendha di Daegu, Korea Selatan kelmarin.


SEOUL - Hampir 30 robot mula mengajar bahasa Inggeris kepada murid-murid sekolah rendah di bandar Daegu, Korea Selatan, kata beberapa pegawai semalam.

Robot yang diberi nama Engkey itu dicipta oleh Institut Teknologi Sains mula mengajar kelmarin di 21 buah sekolah di bandar Daegu.

Sebanyak 29 buah robot setinggi satu meter yang mempunyai panel televisyen di muka bergerak di sekitar bilik darjah semasa mengajar murid-murid.

Robot itu membaca buku untuk murid-murid dan menari dengan menggoyangkan kepala dan tangannya.

Ia turut dikawal dengan menggunakan alat kawalan oleh guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris dari Filipina.

Guru-guru itu boleh melihat dan mendengar suara murid-murid melalui sistem alat kawalan jauh.

"Gaji guru-guru yang berpendidikan tinggi dari Filipina adalah lebih murah daripada rakan-rakan sejawatan mereka dari negara lain," kata seorang saintis kanan institut tersebut, Sagong Seong-dae yang menjelaskan kenapa guru dari negara itu digunakan. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan