Jumaat, 24 Disember 2010

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


India buru 4 militan LeT

Posted:

India buru 4 militan LeT

India buru 4 militan LeT

NEW DELHI 24 Dis. – Polis India memburu empat anggota kumpulan militan Pakistan, Lashkar-e-Taiba (LeT) yang dipercayai masuk ke India untuk melancarkan serangan sempena Krismas dan tahun baru.

Polis sebelum ini menyatakan, kumpulan militan tersebut bertanggungjawab dalam serangan berdarah Mumbai pada 2008 yang membunuh 166 nyawa sehingga mencetuskan ketegangan antara dua negara nuklear berjiran itu.

"Kami menerima maklumat satu serangan keganasan yang boleh mencetuskan huru-hara akan dilancarkan.

"Mereka dilapor telah tiba di Mumbai. Kami tidak akan mendedahkan kerakyatan mereka tetapi suspek ialah anggota LeT," kata Pesuruhjaya Bersama Polis Mumbai, Himanshu Roy pada satu sidang media sambil menunjukkan lakaran gambar seorang daripada militan terbabit.

Mereka yang diburu ialah Abdul Karim Musa, Noor Abul Elahi, Walid Jinnah dan Mehfooz Alam.

Seorang pegawai antikeganasan Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali, turut mengakui kemungkinan serangan tersebut yang akan dilancarkan pada musim cuti ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan LeT melancarkan serangan skala besar-besaran di India dan kita juga berjaga-jaga kerana ada kemungkinan serangan akan dilakukan pada musim cuti," katanya.

Pegawai India dalam pada itu berkata, satu lagi serangan seperti kejadian Mumbai 2008 boleh mengakibatkan kesan buruk kepada ekonomi negara.

Awal bulan ini, satu letupan di sebuah kuil di bandar raya ini membunuh seorang kanak-kanak dan mencederakan beberapa yang lain. Februari lalu, satu letupan kuat di sebuah restoran di bandar Pune, meragut 17 nyawa dalam satu kejadian terburuk selepas serangan Mumbai. – Reuters

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Korea Utara mungkin uji bom atom

Posted:

Korea Utara mungkin uji bom atom

Korea Utara mungkin uji bom atom


TENTERA Korea Selatan meronda di kawasan sempadan berpagar di Yanggu, Korea Selatan, kelmarin ketika ketegangan dengan Korea Utara masih memuncak ekoran serangan rejim komunis itu ke pulau di wilayah Korea Selatan, bulan lalu. - REUTERS


SEOUL 24 Dis. - Korea Utara mungkin melancarkan ujian atomnya yang ketiga pada tahun depan bagi memperkukuhkan kemampuan bakal pemimpinnya, Kim Jong-un, kata satu laporan kajian daripada Institut Kementerian Luar Korea Selatan, hari ini.

Laporan itu diterbitkan sehari selepas Korea Utara berikrar untuk melancarkan 'perang suci' nuklear setelah Korea Selatan berikrar untuk 'tidak menaruh belas kasihan' jika diserang dan mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran berhampiran sempadan.

Korea Utara yang melancarkan ujian nuklear pada 2006 dan 2009 belum lagi menunjukkan yang mereka memiliki senjata yang menjadi sebahagian daripada program senjata plutonium miliknya.

Namun ujian ketiga ini bakal meningkatkan lagi ketegangan ke atas Semenanjung Korea yang terbahagi kepada dua dan membimbangkan pasaran antarabangsa.

Pakar nuklear juga berkata, mereka menjangkakan ujian ketiga itu akan dilancarkan tidak lama lagi, sementara media Korea Selatan melaporkan Korea Utara telah menggali sebuah terowong sebagai persedian pada awal bulan ini.

"Terdapat kemungkinan Korea Utara melancarkan ujian nuklearnya yang ketiga untuk memperbaharui keupayaan pengeluaran senjata nuklearnya, meningkatkan ketegangan ketenteraan dan mempromosikan status Kim Jong-un sebagai bakal pemimpin.

"Ketegangan antara Korea Utara dan Korea Selatan akan kekal memuncak dengan peluang berlakunya serangan sekali lagi oleh Korea Utara agak tinggi. Peluang-peluang sidang kemuncak antara kedua-dua pemimpin kelihatan tipis," kata institut itu berdasarkan kepada ringkasan laporan tersebut.

Permusuhan antara kedua-dua negara kian tegang sejak Perang Korea pada awal 1950, selepas pertempuran maut tentera laut pada Mac lalu dan serangan Korea Utara ke atas pulau Korea Selatan bulan lalu.

"Hubungan antara kedua-dua negara itu keruh lebih daripada sedekad, dengan kebanyakan daripada usaha-usaha untuk memulihkan kembali hubungan itu dibatalkan, kata penganalisis Kumpulan Krisis Antarabangsa, Daniel Pinkston.

"Di Korea Selatan, sikap tidak sabar dengan Pyongyang semakin membara dan terdapat desakan daripada pihak berhaluan kanan di Seoul yang menuntut agar mengenakan syarat-syarat ketenteraan yang lebih ketat dalam pertempuran akan datang. - REUTERS

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan