Ahad, 19 Disember 2010

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Eropah diselubungi salji tebal

Posted:

Eropah diselubungi salji tebal

Eropah diselubungi salji tebal


PARA pekerja cuba membersihkan timbunan salji di landasan lapangan terbang Heathrow di London yang terpaksa ditutup operasinya pada Sabtu lalu ekoran sajli tebal. Gambar atas: Kesesakan lalu lintas berlaku di Ealing, London, kelmarin berikutan jarak penglihatan yang kurang akibat ribut salji yang melanda United Kingdom. - AP


LONDON 19 Dis. - Salji tebal menyebabkan perjalanan udara di Eropah tergendala pada hujung minggu dan ratusan pemandu terperangkap di dalam kereta mereka sehingga ke Itali di selatan benua itu.

Britain terus dilanda ribut salji yang memaksa dua lapangan terbang terbesar di negara ini ditutup pada hujung minggu paling sibuk sebelum Krismas, selain menggendalakan lalu lintas di darat.

Kedua-dua landasan di lapangan terbang antarabangsa paling sibuk di dunia, Heathrow di London ditutup sekurang-kurangnya sehingga pagi ini bagi membolehkan kerja membuang salji dijalankan, manakala landasan di Gatwick, juga di London, turut ditutup selama beberapa jam.

British Airways membatalkan semua penerbangan jarak dekat dari kedua-dua lapangan terbang semalam, manakala semua penerbangan jarak jauh dari Heathrow dibatalkan hampir sepanjang hari semalam.

Lapangan terbang Gatwick menyediakan katil untuk orang dewasa dan bayi, mengedarkan beribu-ribu helai selimut, air botol dan makanan selain menyediakan kemudahan mandi dan membasuh secara percuma.

Penerbangan juga dibatalkan di lapangan-lapangan terbang Stansted dan Luton dekat London, di lapangan terbang Birmingham dan di Southampton bagi tempoh setengah hari semalam.

Eurostar yang mengendalikan perkhidmatan kereta api laju membawa penumpang di antara London dan Paris dan Brussels beroperasi dengan kelajuan lebih rendah, menyebabkan tempoh perjalanan bertambah sejam daripada biasa.

Laluan kereta api dan kereta di seluruh Britain turut terjejas.

Empat orang maut dalam kemalangan jalan raya di negara ini, berpunca daripada cuaca buruk itu.

Di Lancashire, barat laut England, beratus-ratus pemandu dan penumpang terpaksa bermalam di dalam kereta selepas berlaku kemalangan di lebuh raya utama utara-selatan.

Lapangan terbang Frankfurt iaitu yang paling sibuk di Jerman membatalkan kira-kira 170 penerbangan semalam disebabkan cuaca buruk di seluruh Eropah, kata seorang jurucakap. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

2 wanita tuduh Julian Assenge adalah bekas kekasihnya

Posted:

2 wanita tuduh Julian Assenge adalah bekas kekasihnya

2 wanita tuduh Julian Assenge adalah bekas kekasihnya

STOCKHOLM 19 Dis. - Dua wanita Sweden yang menuduh pengasas WikiLeaks, Julian Assenge merogol, mencabul kehormatan dan paksaan terhadap mereka merupakan aktivis wanita berusia 31 tahun dan peminatnya sendiri berusia 27 tahun, menurut sumber yang boleh dipercayai.

Sejak tuduhan yang dianggap WikiLeaks sebagai berniat jahat itu menjadi perhatian, seorang daripada wanita itu dipercayai membawa diri ke Palestin untuk menyertai misi penyebaran agama Kristian manakala seorang lagi telah memotong talian telefon miliknya.

Namun, identiti kedua-dua wanita berkenaan tidak didedahkan oleh pendakwa raya Sweden kepada media.

Kedua-dua wanita terbabit yang disebut sebagai Miss A dan Miss W dalam perbicaraan kes Assenge di mahkamah Britain, masih menanti keputusan mahkamah terhadap permohonan mereka untuk mengekstradisi Assenge ke Sweden.

Kedua-dua wanita itu dikatakan dikaitkan dengan Assenge, 39, menerusi satu acara pada 14 Ogos lalu, di mana lelaki Australia itu menyampaikan seminar di Stockholm bertajuk, The First Casualty of War is Truth dan Miss A ketika itu bertindak menguruskan media untuknya.

Berdasarkan transkrip perbualan wanita itu dengan polis menunjukkan, Miss A memberi kebenaran kepada Assenge untuk bermalam di rumahnya sebaik sahaja pengasas WikiLeaks itu tiba di Stockholm pada 11 Ogos.

Menurut transkrip itu, Miss A dan Assenge telah mengadakan hubungan seks selama beberapa kali di rumah wanita itu di sini.

Bagaimanapun, pendakwa raya dari Sweden memberitahu mahkamah di Britain bahawa pada 14 Ogos lalu, Assenge mula menggunakan paksaan semasa hendak melakukan hubungan seks dengan Miss A.

Pada 18 Ogos pula, Assenge dituduh mencabul kehormatan Miss A kerana mengadakan hubungan seks tanpa kondom walaupun wanita itu mahu dia memakainya, kata wakil pendakwa raya tersebut.

Bagaimanapun, Assenge terus tinggal di Miss A sehingga 20 Ogos, malah menemaninya ke sebuah majlis pada 15 Ogos.

Peguam bela, Claes Borgstroem berkata, kedua-dua wanita itu kemudiannya mendapati mereka memiliki pengalaman sama dan menemui polis pada 20 Ogos.

''Mereka tidak pasti sama ada mahu membuat laporan. Mereka mahukan nasihat dan juga bimbang terkena jangkitan HIV.

''Polis wanita yang ditemui mereka mengatakan jenayah telah berlaku dan kemudiannya membuat laporan kepada pendakwa raya yang memutuskan untuk menahan Assange,'' ujarnya. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan