Harian Metro: Global |
Posted: 18 Dec 2010 07:13 AM PST LONDON: Pendedahan seorang pengasuh budak mengenai hubungan Putera Harry dengan janda 13 tahun lebih tua daripadanya beberapa tahun lalu meletakkan keluarga diraja Britain itu di bawah perhatian ramai sekali lagi. Dikhabarkan, Harry, 26, menghantar pemandu dan limosin eksklusif menjemput Catherine Davies untuk bertemu di tempat sulit.
Katanya, Catherine - berusia 34 tahun ketika itu - bertemu Harry beberapa kali dan dia bertugas menjaga dua anak wanita terbabit. "Pada satu ketika, mereka bertemu dua kali seminggu," katanya.
"Pada satu ketika, Catherine mengaku Harry menciumnya dalam bilik mandi," katanya.
Catherine juga pernah menceritakan secara terbuka hubungannya dengan Harry.
|
Pelajar 14 tahun jadi ibu bapa paling muda di Britain Posted: 18 Dec 2010 07:08 AM PST LONDON: Sepasang pelajar sekolah berusia 14 tahun secara rasmi menjadi ibu bapa termuda di Britain, lapor media semalam. April Webster melahirkan bayi lelaki, Jamie, selepas mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, Nathan Fishbourne tahun lalu.
Kata April, kelahiran Jamie bukanlah dirancang, tetapi itu tidak bermakna dia enggan membesarkan anaknya sebaik mungkin.
April dan Fishbourne mula berpacaran sejak September tahun lalu.
Ketika ini Jamie ditempatkan di ruang tamu rumah ibu bapa April dan remaja itu bersiap-siap untuk meneruskan persekolahan tidak lama lagi.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan