Ahad, 19 Disember 2010

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Pelajar 14 tahun ibu bapa termuda Britain

Posted:

Pelajar 14 tahun ibu bapa termuda Britain

Pelajar 14 tahun ibu bapa termuda Britain


APRIL Webster dan Nathan Fishbourne bersama anak lelaki mereka, Jamie.


CAERPHILLY - Usia mereka baru 14 tahun, tetapi dua pelajar sekolah di Britain, April Webster dan teman lelakinya, Nathan Fishbourne telah mempunyai seorang bayi lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan remaja itu yang berasal dari sini, selatan Wales, kini bergelar ibu bapa termuda di Britain.

April melahirkan anak lelakinya, Jamie, setelah dia hamil akibat hubungan seks tanpa kondom dengan teman lelakinya semasa mereka berusia 13 tahun.

"Saya tidak menyangka akan bergelar ibu pada usia sebegini muda, tetapi saya akan berusaha menjadi ibu yang baik buat Jamie," kata April.

Nathan yang turut berjanji akan menjadi seorang bapa yang baik berkata, dia pernah menggunakan kondom sewaktu mereka mengadakan hubungan seks tetapi tidak menyukainya.

Pasangan muda itu mula keluar bersama pada September tahun lalu tetapi kedua-duanya malu untuk memberitahu ibu bapa masing-masing bahawa mereka terlanjur atau meminta nasihat mengenainya.

Sementara itu, Jamie yang dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada 15 November lalu dengan berat 3.7 kilogram kini tinggal bersama ibu bapa April di sini sementara dia dan teman lelakinya meneruskan persekolahan masing-masing.

"Ya, kami amat terkejut pada mulanya, tetapi kami menerima keputusan April untuk memelihara bayi itu. Kini saya turut gembira kerana bergelar nenek," kata ibunya, Maria, 36.

"Tidak, saya tidak marah terhadap teman lelakinya kerana pepatah ada menyatakan, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi," kata bapa April, Jeff, 38. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kecoh kaunter tiket ditutup

Posted:


Ruang

Cerah dan gelap rumah pramugara

PERKENALAN dengan pramugara bujang kelahiran Negeri Sembilan, Musa Ibrahim, membuka ruang kepada Jurnal untuk melihat sendiri dekorasi kediaman jejaka berusia 35 tahun ini. Lagi...

Infiniti

Paparan skrin HD Papago!

MALU bertanya sesat jalan. Ungkapan ini sering terpacul daripada mulut orang lama ketika memberi nasihat kepada golongan muda agar tidak sombong atau meninggi diri sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkara. Lagi...

Kesihatan

Keliru buasir atau kanser

BUASIR merupakan masalah biasa masyarakat moden kini. Dikatakan separuh daripada jumlah populasi berhadapan dengan masalah ini. Lagi...

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan