Berita Harian: Dunia |
WikiLeaks sasar Bank of America Posted: 19 Dec 2010 02:46 PM PST Dunia SEORANG penyokong WikiLeaks di London membawa sepanduk menuntut pihak berkuasa tidak menghukum Assange. NEW YORK: Pengasas WikiLekas, Jilian Assange semalam berikrar untuk membocorkan maklumat mengenai bank pula kerana pertubuhan pimpinannya sering menjadi sasaran serangan institusi kewangan tertentu. "Kami sering diserang, bukan oleh kerajaan terutama, walaupun keadaan semakin panas sekarang tetapi bank termasuk dari Dubai, Switzerland, Amerika Syarikat, United Kingdom, jadi pastinya kami akan terus menyiarkan bahan mengenai bank," katanya kepada televisyen CNBC. Dalam satu temubual disiarkan bulan lalu oleh majalah Forbes, Assange mendakwa satu 'kebocoran mega' terbaru akan menyasarkan sebuah bank utama Amerika, awal tahun depan.Assange berkata, kebocoran maklumat bank terbabit akan memberikan gambaran sebenar mengenai bagaimana institusi itu bertindak di peringkat eksekutif dalam cara akan merangsang siasatan dan perbaharuan.' Rakyat Australia itu berkata, beliau bersedia untuk mendedahkan berpuluh ribu dokumen yang mungkin akan menjatuhkan satu atau dua bank. Sasaran utama adalah Bank of America, berdasarkan komen tahun lalu daripada Assange. Selepas menyiarkan beribu-ribu kabel diplomatik rahsia, Assange ditahan kerana serangan seksual dan menyaksikan sekurang-kurangnya satu akaun bank Switzerland dibekukan.
Sementara itu, di STOCKHOLM, dua wanita Sweden yang menuduh Assange merogol, melakukan pencabulan seksual secara paksaan didedahkan sebagai aktivis wanita berusia 31 tahun dan seorang peminatnya berusia 27 tahun. Sejak kes itu didedahkan, mereka mula menjauhkan diri daripada menjadi tumpuan dengan seorang daripadanya ke wilayah Palestin untuk misi Kristian manakala seorang lagi memotong talian telefonnya. Identiti mereka dirahsiakan oleh pendakwa Sweden. Mereka dinamakan sebagai Miss A dan Miss W dalam perbicaraan di sebuah mahkamah British. Mereka masih menangguhkan tuntutan untuk mengesktradisi Assange ke Sweden untuk soal siasat mengenai dakwaan kejadian berlaku pada 14 Ogos lalu. – AFP |
Taliban serang pusat rekrut tentera di Kabul Posted: 19 Dec 2010 02:44 PM PST Dunia ASKAR Afghanistan melihat bangkai bas yang diserang anggota Taliban di pinggir Kabul, semalam. Bas terbabit diserang dua penyerang bunuh diri yang membunuh lima anggota tentera dan cederakan sembilan yang lain, kata jurucakap Kementerian Pertahanan. Kenderaan terbabit dalam tugasan harian membawa kakitangan dari pusat latihan tentera di Kabul ke tempat kerja mereka di mana dua pengebom bunuh diri menyerang dengan menembak menggunakan senjata automatik, kata Jeneral Mohammad Zahir Azimi. "Seorang daripada penyerang bunuh diri terbabit ditembak mati tetapi yang kedua berjaya meletupkan bahan letupan yang dipasang pada badannya dan mengorbankan lima askar kami serta mencederakan sembilan yang lain," kata Azimi.Kejadian berlaku di jalan Pul-e-charkhi yang menyambungkan ibu negara Kabul ke timur wilayah Afghanistan. Banyak pangkalan tentera asing dan kemudahan latihan pasukan keselamatan Afghanistan di sepanjang laluan terbabit menyebabkan ia sering menjadi laluan kepada pasukan tentera Afghanistan dan NATO. Kabul dilihat aman sepanjang tahun lalu tetapi laluan jalan raya terbabit menyaksikan sebilangan serangan berdarah terhadap pasukan keselamatan. – AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan