Harian Metro: Global |
Warne patah hati ditinggal Liz Posted: 19 Dec 2010 08:35 AM PST LONDON: Hubungan antara aktres Elizabeth Hurley dan bekas pemain kriket Australia, Shane Warne berakhir selepas dia menghantar 100 mesej pesanan ringkas (SMS) berbaur seks kepada seorang wanita yang sudah berkahwin. Warne, 45, dikatakan patah hati apabila Liz meninggalkannya begitu cepat selepas pelakon itu berpisah daripada suaminya, Arun Nayar. Bagaimanapun, Liz mengambil tindakan tegas dan tidak memberi peluang kepada playboy Australia itu yang sememangnya mempunyai reputasi yang buruk.
Liz menulis: "Er...tolong sebutkan saya dalam ruangan paling menyeronokkan dalam rancangan Jerry Springer." Warne dikatakan memberitahu temannya bahawa dia ingin mengahwini Liz, 45. Namun, pada masa sama, dia didakwa cuba memikat ibu dua anak warga Australia, Adele Angeleri apabila menghantar puluhan mesej kepada wanita itu.
Satu ketika, Warne menulis dia sedang memerhatikan Adele dari pejabatnya dan memberitahu wanita itu nampak seksi.
|
Wanita disyaki bunuh, kerat tubuh anak Posted: 19 Dec 2010 08:33 AM PST LONDON: Seorang wanita ditahan malam tadi selepas anak perempuannya yang berusia empat tahun mati dibunuh dan mayatnya dikerat. Mayat kanak-kanak yang terburai isi perut itu ditemui dengan jantung dan organ lain tubuhnya dipotong serta diletakkan di bilik berbeza dalam flet dihuni keluarganya.
Dia sedang mendengar bacaan ayat al-Quran yang dimainkan di alat MP3 melalui fon kepala.
Negney yang dipercayai seorang mualaf membuat panggilan kecemasan sebelum ahli paramedik mengesahkan Nusayba sudah mati di tempat kejadian. Shayma yang turut mempunyai dua lagi anak berusia 14 dan 16 tahun dan tiada di rumah ketika kejadian berlaku kemudian ditahan.
Seorang wanita berusia 30-an berkata: "Shayma sentiasa memakai hijab hitam yang hanya menampakkan matanya. Saya juga sering mendengar jeritan dia dan suaminya bertengkar dari flet itu. Ada kala pertengkaran mereka terdengar sangat serius." Polis masih melakukan pemantauan di luar flet itu semalam ketika pegawai khas penderaan kanak-kanak memulakan siasatan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan