Utusan Online - Luar Negara |
Angka kematian akibat gempa meningkat di China Posted: 23 Jul 2013 11:16 AM PDT BEIJING, 24 Julai - Angka kematian dalam gempa bumi kuat yang melanda Wilayah Gansu di barat laut China meningkat kepada 95 orang, dengan seorang dilaporkan hilang, kata pihak berkuasa tempatan semalam. Gempa yang membawa kemusnahan itu turut mengakibatkan 1,001 orang cedera manakala kira-kira 127,000 bangunan runtuh. Kira-kira 227,000 mangsa telahpun dipindahkan, menurut laporan agensi berita kerajaan, Xinhua. Gempa kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda wilayah Gansu pada 7.45 pagi Isnin. Pusat gempa itu dikesan pada latitud 34.5 darjah utara dan longitud 104.2 dajah timur pada kedalaman 20km, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China. Laporan menyebut kira-kira 3,000 anggota polis dan penyelamat ditugaskan di kawasan yang dilanda gempa itu. - BERNAMA |
Posted: 23 Jul 2013 11:50 AM PDT Seorang lelaki yang memegang pistol (kiri) dan penentang Mursi, menahan seorang penyokong bekas Presiden itu (tengah) yang cedera, dalam satu pertempuran di Kaherah, Mesir, kelmarin. - AGENSI KAHERAH 23 Julai - Sebanyak empat orang terbunuh dalam pertempuran terbaharu antara penyokong dan penentang Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi, semalam ketika keluarga Mursi berikrar untuk memfailkan saman terhadap tentera yang menggulingkannya. Pegawai perkhidmatan kecemasan berkata, sekurang-kurangnya 28 orang cedera dalam pertempuran yang berlaku di Kaherah dan bandar berdekatan, Qalyub. Dalam kejadian berasingan, seorang pegawai polis dan seorang penduduk maut dan empat askar cedera dalam beberapa serangan di daerah Sinai, kata sumber perubatan dan keselamatan. Kejadian berkenaan berlaku ketika keluarga Mursi dilaporkan merancang memfailkan saman terhadap tentera yang 'menculik' Presiden yang dipilih rakyat dan menahannya sejak digulingkan pada 3 Julai lalu. Anak Mursi, Shaima berkata, keluarganya merancang mengambil tindakan undang-undang itu di Mesir dan di luar negara. ''Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua tentera yang mendalangi rampasan kuasa, (Jeneral) Abdel Fattah al-Sisi dan anggota pemberontakan,'' katanya pada satu sidang media. Keluarga Shaima berkata, mereka mempertanggungjawabkan keselamatan Mursi ke atas Abdel Fattah. Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap organisasi hak asasi dan sivil yang berdiam diri terhadap jenayah penculikan ke atas Presiden yang sah. Anak lelaki Mursi, Osama berkata, keluarganya tidak mendengar khabar berita tentang bapanya sejak beliau digulingkan tentera. Mursi ditahan di sebuah lokasi rahsia sejak digulingkan pada 3 Julai lalu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan