Utusan Online - Luar Negara |
Polis Nepal rampas emas seludup bernilai RM6 juta Posted: 10 Jul 2013 09:38 AM PDT KATHMANDU 11 Julai - Polis Nepal semalam berjaya merampas sejumlah 35 kilogram emas yang cuba diseludup dari China ke India, sekali gus merupakan rampasan emas yang terbesar di negara ini. Pegawai polis, Supritendent Uttam Kumar berkata, barangan berharga itu yang bernilai kira-kira AS$2 juta (RM6 juta) dalam pasaran gelap, disembunyikan dalam sebuah trak yang memasuki Nepal dari China melalui sempadan Tatopani dan dalam perjalanan menuju ke Kathmandu. "Polis merampas 35 jongkong emas yang masing-masing seberat sekilogram dalam sebuah trak yang dijejaki pihak berkuasa berdasarkan maklumat yang diperolehi," katanya. Pada 16 Mei lalu, polis Nepal berjaya merampas 16 kilogram emas di Kathmandu yang cuba diseludup dari Tibet di China ke India melalui negara ini. - AFP |
Kuwait tawar bantuan kecemasan sebanyak AS$4 bilion kepada Mesir Posted: 10 Jul 2013 09:36 AM PDT KUWAIT CITY 11 Julai - Kerajaan Kuwait menawarkan bantuan kecemasan bernilai AS$4 bilion (RM12 bilion) kepada Mesir, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan menjadi AS$12 bilion (RM36 bilion) sejak Presiden Mohammed Mursi digulingkan. Menteri Dalam Negeri untuk Hal Ehwal Kabinet, Sheikh Mohammad Abdullah al-Sabbah berkata, anggota Kabinet Kuwait meluluskan pakej bantuan berkenaan untuk disalurkan kepada kerajaan Mesir selepas mendapat arahan daripada Emir. Jelasnya, pakej bantuan itu merangkumi bantuan kerajaan bernilai AS$1 bilion (RM3 bilion), bantuan deposit bank pusat Mesir sebanyak AS$2 bilion (RM6 bilion) dan bantuan produk minyak berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion). - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan