Harian Metro: Global |
Posted: 13 Jul 2013 11:10 AM PDT London: Seorang ibu meletakkan anaknya di bahu sebelum melompat dari tebing setinggi 30 meter, semalam. Sebelum itu, Katerine Hooper dipercayai mencampak anak bongsunya Samuel yang baru berusia dua tahun dari tempat sama.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.50 pagi.
KATHERINE bersama Samuel dan Joshua di kediaman mereka. Wanita itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah padang dua hari kemudian. Jiran tetangga Katerine di Paignton berkata, wanita itu mula membina hidup baru dan "takut" dengan apa yang sudah berlaku. Johnathan Grant berkata, Katherine dan Patterseon berdepan kes mahkamah bulan depan ekoran "konflik" di antara kedua-duanya yang hidup bersama selama sembilan tahun.
Menurut Grant, Samuel sepatutnya memulakan hari pertamanya di pusat jagaan kanak-kanak kelmarin. Katanya, dua beradik itu sangat baik dan mereka sering bermain dengan anak perempuannya.
|
Posted: 13 Jul 2013 11:05 AM PDT Beijing: Ini ialah batang keluli yang tertusuk dalam kepala seorang pekerja selepas ia jatuh di tapak bangunan. Liu Fenghe sedang berbual dengan rakan sekerjanya di tingkat bawah sebuah bangunan dalam pembinaan apabila tiba-tiba dia rebah ke lantai dengan batang keluli itu tercacak di kepalanya.
Dipercayai batang keluli itu jatuh dari tingkat 25 bangunan berkenaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan