Harian Metro: Global |
Posted: 12 Jul 2013 03:47 PM PDT Beijing: Seorang bayi lelaki bernasib kerana masih hidup walaupun selepas ditikam 90 kali oleh ibunya kerana menggigit wanita terbabit ketika menyusu. Disebabkan serangan ganas itu, Xiao Bao terpaksa menerima lebih 100 jahitan kebanyakannya di bahagian muka.
Mereka hidup dengan menyelongkar sampah untuk mendapatkan bahan terbuang dan yang boleh dikitar semula.
XIAO terpaksa menerima lebih 100 jahitan dalam kejadian di Xuzhou, China. Ibu Xiao kemudian mengaku menikam bayi berusia lapan bulan itu kerana marah apabila putingnya digigit ketika menyusukan anaknya.
Sementara itu, penduduk setempat merayu kepada kerajaan supaya mengambil bayi itu daripada ibunya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang. Bagaimanapun, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih hak penjagaan Xiao.
|
Posted: 12 Jul 2013 03:43 PM PDT Johannesburg: Gara-gara terlalu rapat dengan seekor singa yang dijaganya, seorang remaja nyaris maut apabila dia dibaham dan cuba diheret ke dalam kandang. Lauren Fagen, sukarelawan di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Moholoholo - membongkok untuk mencium singa berkenaan apabila dia ditarik ke sangkar.
Pusat itu dibuka pada 1991 untuk memulihkan pelbagai hidupan liar Afrika.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan