Utusan Online - Luar Negara |
Pembenihan awal hasilkan hujan di Dumai Posted: 23 Jun 2013 10:14 AM PDT JAKARTA 23 Jun - Operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut di Riau melalui kaedah pembenihan awan oleh pasukan menangani bencana Indonesia berjaya menghasilkan hujan di Bukit Kapur, Dumai pada Ahad. Pasukan gabungan yang diketuai Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia itu memperhebat operasi pemadaman kebakaran secara bersepadu untuk hari kedua pada Ahad dengan operasi darat dan udara. "Hari ini (Ahad) operasi pemadaman oleh pasukan darat dan udara akan diteruskan. Pasukan udara mengerahkan dua helikopter Bolco untuk melakukan pengeboman air dan dua pesawat Hercules dan Cassa untuk melakukan pembenihan awan," kata BNPB dalam kenyataan di sini. Semalam, operasi bersepadu yang menggunakan dua helikopter Bolco yang mampu mengangkut 500 liter air, melakukan 16 kali pemadaman melalui kaedah pengeboman air di daerah Mandau dan berjaya memadamkan kebakaran di kawasan seluas 100 meter persegi. Dalam operasi pembenihan awan pula, dua tan garam telah ditabur ke dalam awan menggunakan dua pesawat hercules di daerah Mandau, Bengkalis dan Duri. Operasi darat juga dilakukan di Bengkalis dengan mengerahkan anggota tentera dan polis, masyarakat tempatan, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan agensi-agensi kerajan yang berkaitan. Sementara itu, pantauan satelit pada Sabtu mengesan 92 titik panas di Riau, berbanding hanya 13 titik panas yang dikesan pada Jumaat, namun pihak berkuasa menyangkal bahawa aktiviti pembakaran hutan semakin meningkat. "Adanya peningkatan jumlah 'hotspot' itu lebih disebabkan ketidakmampuan sensor satelit mengesan 'hotspot' kerana tebalnya asap sehingga sensor 'thermal' dari satelit itu tidak dapat tembus ke permukaan tanah. Jadi ini bukan disebabkan meningkatnya aktiviti pembakaran," kata BNPB. Daripada 92 titik panas itu sebahagian besarnya adalah di daerah Rokan Hilir dan Bengkalis. Tiupan angin di Riau yang mengarah ke timur dan timur laut telah membawa asap daripada kebakaran itu ke beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Satelit juga mengesan 12 titik panas di Jambi, Sumatera dan 18 titik panas masing-masing di Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur. - BERNAMA |
Posted: 23 Jun 2013 10:11 AM PDT WASHINGTON 23 Jun - Senator Parti Demokratik Amerika Syarikat (AS), Charles Schumer hari ini mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin berkemungkinan mengetahui rancangan Edward Snowden untuk lari ke Rusia dan memberi perlindungan kepada bekas kontraktor tersebut. Schumer berkata, jika perkara itu berlaku, ia akan memberi kesan terhadap hubungan diplomatik AS dan Rusia. "Putin berkemungkinan bersubahat dengan Beijing dalam kes ini dan perkara itu amat tidak disenangi oleh AS," katanya. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan