Kosmo Online - Dunia |
- Singapura buru firma sebabkan jerebu
- Thailand beli helikopter buatan Amerika Syarikat Syarikat
- Kanak-kanak terjatuh selamat disambut sekumpulan lelaki
Singapura buru firma sebabkan jerebu Posted: Singapura buru firma bertanggungjawab sebabkan jerebu
SINGAPURA - Singapura semalam menyatakan akan menjejaki firma-firma dari negara itu yang dipercayai terlibat dalam kebakaran hutan di negara jiran, Indonesia. Tindakan itu dibuat selepas kumpulan alam sekitar, Greenpeace mendakwa kebakaran di ladang kelapa sawit di Indonesia dimiliki oleh beberapa syarikat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura. Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam berkata, pihaknya akan meneliti tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap firma tempatan yang bertanggungjawab ke atas kebakaran itu. "Saya sudah meminta peguam negara untuk mempertimbangkan tindakan yang boleh dilakukan di Singapura jika syarikat-syarikat itu terbukti menyumbang kepada kebakaran," katanya dalam satu sidang akhbar. Greenpeace dalam satu kenyataan semalam berkata, data titik panas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Pulau Sumatera, Indonesia dari 11 Jun hingga kelmarin mendedahkan beratus-ratus kebakaran di ladang kelapa sawit dimiliki oleh firma dari Indonesia, Malaysia dan Singapura. Bagaimanapun, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di republik yang memiliki 5.3 juta penduduk itu dilapor menurun kepada 73 pada petang semalam berbanding lebih 300 pada pagi hari yang sama. Singapura memberi amaran bahawa jerebu yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius ini mungkin berterusan selama beberapa minggu. - AFP | |
Thailand beli helikopter buatan Amerika Syarikat Syarikat Posted: Thailand beli helikopter buatan Amerika Syarikat SyarikatHELIKOPTER Lakota biasanya digunakan untuk misi kecemasan dan mengawal sempadan. WASHINGTON - Pentagon kelmarin menyatakan Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menjual enam unit helikopter tentera Lakota bernilai AS$77 juta (RM246 juta) kepada Thailand. Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan yang mengendalikan penjualan senjata AS di luar negara memberitahu Kongres AS bahawa kerajaan Thailand ada meminta untuk membeli helikopter UH-72A terbabit. Helikopter Lakota biasanya digunakan oleh pihak berkuasa AS untuk misi kecemasan dan mengawal sempadan. Penjualan itu dilihat boleh membuka jalan kepada perjanjian lebih besar. Firma-firma pertahanan AS kini mengalih fokus mereka ke rantau Asia Pasifik berikutan perbelanjaan ketenteraan negara Asia kian meningkat. "Thailand merupakan sekutu pertahanan pertahanan yang penting buat AS," kata jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Catherine Wilkinson yang mengesahkan penjualan tersebut. Perjanjian perniagaan itu hadir selepas bekas Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta menandatangani satu kenyataan bersama dengan rakan sejawatannya di Thailand. Syarikat aeroangkasa EADS North America dinamakan sebagai kontraktor utama perjanjian tersebut. - AFP | |
Kanak-kanak terjatuh selamat disambut sekumpulan lelaki Posted: Kanak-kanak terjatuh selamat disambut sekumpulan lelakiBEIJING - Sebuah saluran televisyen di China menyiarkan rakaman sekumpulan lelaki menyambut seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun setengah yang jatuh dari tingkap rumah lima tingkat. Kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Qiqi dilaporkan selamat. Insiden itu dikatakan berlaku di Ninghai, wilayah timur Zhejiang. Rakaman dari sebuah kamera keselamatan yang kemudiannya disiarkan oleh pihak CCTV menunjukkan beberapa orang lelaki di sebatang jalan menuding ke bahagian atas sebuah bangunan. Mereka kemudian bergegas menyambut Qiqi yang tiba-tiba jatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan. CCTV memberitahu beberapa orang pekerja syarikat penghantaran berhampiran mendengar kanak-kanak itu menangis dan melihat kakinya terjuntai di tingkap. Ibu bapa Qiqi dilaporkan meninggalkan kenak-kanak itu sendirian di rumah ketika dia tidur. Tetapi, apabila bangun, Qiqi memanjat tingkap rumahnya itu. Dalam usaha menyelamatkan Qiqi, dua orang lelaki mengalami kecederaan. Seorang mengalami kecederaan tangan, seorang lagi cedera di bahagian lehernya. - AP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan