Harian Metro: Global |
Posted: 22 Jun 2013 07:23 AM PDT Los Angeles: Michael Jackson mungkin menjadi manusia pertama yang tidak mendapat tidur sewajarnya sehingga 60 hari yang membawa kepada kematiannya, kata seorang pakar. Memberi keterangan dalam perbicaraan, pakar tidur dari Universiti Harvard, Dr Charles Czeisler berkata, disebabkan kekurangan tidur, Michael, 50, tetap berdepan risiko mati akibat serangan jantung walaupun dia tidak diberi ubat penahan sakit berlebihan. "Simptom dialami Michael konsisten dengan seseorang yang mengalami kekurangan tidur menyeluruh untuk tempoh yang sangat lama," katanya.
Jumlah itu dianggap pendapatan yang diperoleh waris Michael jika dia tidak meninggal dunia pada Jun 2009.
Michael Jackson |
Dua bangunan runtuh dalam satu malam Posted: 22 Jun 2013 07:11 AM PDT Mumbai: Sebuah bangunan tinggal runtuh semalam, membunuh lima orang dalam insiden kedua seumpamanya dalam tempoh semalaman yang mendedahkan tahap pembinaan kurang bermutu di pusat kewangan di India. Bangunan usang di kawasan pasar sibuk di pinggir Dahisar itu sudah dikosongkan sejak dua tahun lalu, tetapi penjaja sayur-sayuran tempatan menggunakannya sebagai tempat untuk berteduh pada waktu malam, kata pihak berkuasa.
Ahli parlimen tempatan, Vinod Ghosalkar berkata, bangunan itu sudah dibiarkan kosong apabila ia diisytiharkan berbahaya oleh pihak berkuasa tempatan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan