Kosmo Online - Dunia |
- Penjenayah lari sejak 2009 berjaya ditangkap
- Dua balai polis di Libya dibom
- Pertandingan wanita tua tercantik di Brazil
Penjenayah lari sejak 2009 berjaya ditangkap Posted: Penjenayah lari sejak 2009 berjaya ditangkap
MADRID - Polis Sepanyol semalam mengumumkan kejayaan penangkapan seorang penjenayah dari Britain yang bersembunyi selepas dia menyerang dan melepaskan diri daripada kawalan beberapa pengawal keselamatan semasa perbicaraan kes rompakan bersenjata berlangsung pada tahun 2009. Kementerian Dalam Negeri Sepanyol dalam satu kenyataan berkata, penjenayah itu, Andrew Terence Moran, 31, diberkas pada Jumaat lalu dalam satu serbuan di sebuah resort mewah dekat pantai Alicante. Menurut Agensi Jenayah Berat Terancang Britain (SOCA), pihak berkuasa menangkapnya semasa dia bersantai di tepi kolam renang. Pihak polis turut merampas dua laras senjata api, 60 butir peluru dan sebilah parang. "Moran berfikir dia boleh mengelak ditangkap apabila melarikan diri ke Sepanyol, kerap menukar penampilan dan menggunakan identiti palsu," kata Ketua Penyiasat SOCA, Matt Burton. Moran pernah dibicarakan berhubung dakwaan terlibat dalam rompakan bersenjata dan pihak berkuasa menyifatkannya sebagai berbahaya. Dia dan rakan subahatnya, Stephen Devalda, 29, dituduh merompak sebanyak AS$38,400 (RM114,632) dari sebuah van surat di Colne, barat laut England dengan menggunakan sepucuk pistol, parang dan pemukul besbol. Seorang pengawal keselamatan cedera dalam rompakan pada Mei 2005. Semasa dia melarikan diri daripada tahanan pada tahun 2009, Moran menyerang empat pengawal keselamatan dan melompat keluar dari kandang perbicaraan. - AP | |
Dua balai polis di Libya dibom Posted: Dua balai polis di Libya dibomBEBERAPA kakitangan berdiri dekat sebuah balai polis yang mengalami kerosakan kecil akibat letupan bom di Benghazi semalam. BENGHAZI - Dua buah balai polis dibom semalam di bandar ini, kata seorang pegawai. Bagaimanapun, tiada laporan tentang kecederaan dan kematian dilaporkan dalam serangan tersebut yang berlaku selepas kejadian sama berlaku beberapa hari lalu. "Terdapat dua serangan baharu yang menyasarkan balai polis Al-Gwarcha dan Al-Uruba. "Kedua-dua bangunan balai polis tersebut mengalami kerosakan kecil," kata pegawai tersebut. Pada Jumaat lalu, balai polis Ras Obeida dan Al-Madina di bandar kedua terbesar di Libya ini turut mengalami kerosakan besar akibat letupan bom. Pihak berkuasa menyalahkan kumpulan radikal Islam sebagai punca keganasan di bandar tersebut termasuk pembunuhan Duta Amerika Syarikat (AS), Chris Stevens di sini serta empat lagi rakyat AS pada September tahun lalu. - AFP | |
Pertandingan wanita tua tercantik di Brazil Posted: Pertandingan wanita tua tercantik di BrazilMENEZES melambaikan tangannya selepas dia memenangi pertandingan wanita tua tercantik di Sao Paulo pada Khamis lalu.- REUTERS SAO PAULO, Brazil – Seorang ibu berusia 65 tahun, Irenilda de Oliveira Menezes memenangi pertandingan wanita tua tercantik di sini pada Khamis lalu. Ekoran kemenangannya itu, dia menerima sebentuk tiara. Seramai 25 orang menyertai pertandingan itu yang diadakan sempena sambutan Hari Ibu. – Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan