Harian Metro: Global |
Posted: 12 May 2013 09:09 AM PDT London: Aktivis keamanan Britain yang memeluk Islam beberapa tahun lalu, Lauren Booth, dituduh sebagai perosak rumah tangga, lapor media semalam. Wanita terbabit, Faiza Ahmed, kini menumpang di rumah saudara kandungnya di Texas selepas meninggalkan Stockport, Greater Manchester apabila perkahwinannya dengan Sohale Ahmad bermasalah.
Faiza, 37, berkata Lauren yang juga adik ipar Cherie Blair telah mengkhianati Islam.
FAIZA bersama Sohale dan dua anak mereka pada 1994. Gambar kecil, Lauren Booth. "Islam menetapkan sempadan antara lelaki dan wanita, selain menyayangi dan menghormati wanita," katanya. Bagaimanapun, kata Faiza, Lauren datang ke rumah mereka sebagai tetamu Sohale dan merampas suaminya secara terbuka.
Pendedahan Faiza itu dianggap tamparan kepada Lauren, 45, yang mengumumkan pernikahannya melalui Facebook minggu lalu. Kenyataan itu dibuat sebagai susulan kepada jenaka Lauren di laman sesawang sosial itu yang mendakwa dia sedang "memburu seorang suami." Dalam jenaka itu, Lauren menulis: "ejen Mossad, peminum arak, badut CIA, lelaki tidak solat dan kedekut tidak perlu memohon." Ketika bercakap kepada media semalam, Faiza berkata, rumah tangganya dengan Sohale, 49, bermasalah apabila suaminya itu menghabiskan banyak masa untuk aktiviti amal Islam yang membabitkan Lauren. "Saya tahu mereka rakan kongsi dan Sohale menganggap Lauren sebagai kakak," katanya.
|
Siswa bawa periuk disoal siasat FBI Posted: 12 May 2013 09:05 AM PDT Lansing (Michigan): Seorang mahasiswa dari Arab Saudi disoal siasat ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas ada orang awam melihat lelaki terbabit membawa periuk tekanan tinggi. Bimbang Talal al-Rouki seorang pengganas, jiran kemudian menghubungi pihak berkuasa.
Talal kemudian membawa periuk itu ke rumah rakannya untuk menikmati hidangan berkenaan bersama-sama. FBI mengambil sikap sangat berhati-hati ekoran serangan bom di Boston baru-baru ini.
Talal berkata, ejen FBI bertanya mengenai kursus yang diikutinya, tarikh tiba di Amerika Syarikat dan apa aktiviti dilakukan ketika masa lapang. Sumber polis berkata, dua hari sebelum itu ada orang melihat Talal meninggalkan rumahnya membawa periuk tekanan tinggi. Akhirnya kekeliruan itu diatasi selepas Talal menunjukkan periuk yang digunakannya untuk memasak kabsah. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan