Utusan Online - Luar Negara |
16 nelayan Bangladesh dibunuh oleh lanun Posted: 01 Apr 2013 11:42 AM PDT DHAKA 2 April - Sekurang-kurangnya 16 orang nelayan dibunuh oleh lanun di tenggara negara ini. Lanun-lanun itu dipercayai mengikat kesemua mereka sebelum membuang mayat nelayan-nelayan itu ke dalam Teluk Benggala semalam. Polis berkata, pihaknya menemui bot nelayan di Pulau Kutubdia di daerah Coz Bazaar bersama tiga mayat selepas nelayan lain menemukan mayat tersebut dalam keadaan terapung di laut. "Kesemua mereka ditemukan dengan keadaan tangan dan kaki terikat dengan tali sebelum membawa kesemuanya ke pantai," kata Timbalan Ketua Polis tempatan, Imran Bhuiyan. - AFP |
Letupan di lombong arang batu, enam terbunuh Posted: 01 Apr 2013 11:38 AM PDT BEIJING 2 April - Sekurang-kurangnya enam orang terkorban manakala 11 orang lagi dilaporkan hilang dalam satu letupan baharu yang berlaku di sebuah lombong arang batu yang mengorbankan 28 orang pekerja beberapa hari lalu. Letupan tersebut berlaku di lombong Baboo yang terletak di wilayah Jilin, timur laut China. Seorang pekerja mengesahkan kejadian tersebut, berkata berlaku dua letupan di lombong yang sama, yang mengorbankan 28 orang pekerja beberapa hari lalu. Dia bagaimanapun tidak memberikan maklumat terkini bagaimana kejadian sama itu berlaku di kawasan yang sama. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan