Kosmo Online - Dunia |
- 72 orang maut
- Warga Korea Selatan mula tinggalkan Korea Utara
- IKEA hentikan jualan lasagne moose kerana ada daging babi
Posted: 72 orang maut
MUMBAI - Jumlah mangsa yang maut akibat runtuhan sebuah blok bangunan pangsapuri di sini telah meningkat kepada 72 orang, jelas pihak polis ketika jentolak dibawa untuk mencari mereka yang mungkin terselamat. Bangunan setinggi tujuh tingkat yang dibina secara haram di wilayah Thane, 35 kilometer dari bandar Mumbai itu runtuh pada Khamis. "Kami mengesahkan bahawa seramai 72 orang telah maut setakat ini. Usaha menyelamat diteruskan kerana mungkin ada mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan," kata seorang pegawai kanan polis. Kerajaan negeri Maharashtra mengumumkan satu siasatan akan dilakukan, selain menggantung tugas seorang pegawai pentadbir awam dan pegawai polis atas alasan gagal melaksanakan tugas dengan baik. Kebanyakan mangsa yang terbunuh terdiri daripada pekerja miskin yang menerima gaji harian. - AFP | |
Warga Korea Selatan mula tinggalkan Korea Utara Posted: Warga Korea Selatan mula tinggalkan Korea UtaraSEKUMPULAN wartawan mengerumuni beberapa buah kereta untuk menemuramah pekerja yang pulang dari bandar Kaesong, Korea Utara di Jambatan Penyatuan, Paju, Korea Selatan semalam. SEOUL - Semakin ramai warga Korea Selatan mula meninggalkan Korea Utara dan kilang tempat mereka bekerja, selepas empat hari Pyongyang menutup sempadan dan menghalang keluar masuk orang ramai dan barangan. Dianggarkan seramai 21 orang warga Korea Selatan pulang dari taman perindustrian Kaesong pagi semalam. Dijangka 100 daripada 600 orang pekerja mengambil langkah sama, jelas Kementerian Penyatuan Korea Selatan. Seorang pengurus kilang, Han Nam-il memberitahu dia nampak pegawai keselamatan Korea Utara yang lengkap bersenjata ketika melepasi sempadan. Taman perindustrian itu merupakan sisa terakhir kerjasama antara kedua-dua buah negara tersebut. Sekatan trafik di sempadan terbabit merupakan antara provokasi Pyongyang kerana berang dengan tindakan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu (PBB) yang mengenakan sekatan ke atasnya berikutan ujian nuklear yang dijalankannya pada 12 Februari lalu. Minggu lalu, Korea Utara menyatakan ia telah memasuki 'fasa perang' dengan Korea Selatan. Sebelum itu, negara komunis tersebut mengancam melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika Syarikat. - AP | |
IKEA hentikan jualan lasagne moose kerana ada daging babi Posted: IKEA hentikan jualan lasagne moose kerana ada daging babiSELEPAS masalah bebola daging yang dicemari daging kuda, IKEA kini terpaksa menghentikan jualan lasagne moose kerana didakwa mengandungi daging babi. STOCKHOLM - Pengeluar perabot terbesar dunia, IKEA semalam menyatakan, pihaknya telah menghentikan jualan lasagne moose selepas mendapati produk itu mengandungi daging babi. Lasagne moose sebanyak 10,000 tan itu dihasilkan oleh pembekal IKEA. Jualannya dihentikan di semua cawangan IKEA di 18 buah negara Eropah selepas ujian yang dilakukan oleh pihak berkuasa Belgium pada bulan lalu mendapati ada unsur daging babi di dalamnya. "Kami menerima pengesahan pada Jumaat bahawa satu siri produksi makanan itu dicemari hirisan kecil daging babi. Kuantitinya sangat kecil, kira-kira satu peratus," kata jurucakap IKEA, Tina Kardum. Lasagne yang tercemar itu dikatakan berjumlah 17,000 pek. Pada Februari, IKEA menghentikan jualan bebola daging kerana mendapati sebahagiannya mengandungi daging kuda. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan