Ahad, 14 April 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Beijing lapor kes jangkitan H7N9 pertama

Posted:

Beijing lapor kes jangkitan H7N9 pertama

Beijing lapor kes jangkitan H7N9 pertama

SEORANG kanak-kanak perempuan yang disahkan dijangkiti virus selesema burung H7N9 sedang menjalani rawatan di Hospital Ditan, Beijing China, semalam.


BEIJING - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun disahkan sebagai penghidap pertama selesema burung H7N9 melibatkan manusia ketika wabak itu dilihat mula merebak di sini.

Ini merupakan kes pertama yang dilaporkan berlaku di luar wilayah timur China, di mana virus itu mula-mula dikesan pada Mac lalu. Penemuan itu menyebabkan beribu-ribu ekor ayam dan itik dimusnahkan di beberapa bandar besar di China, termasuklah Shanghai.

Virus selesema burung setakat ini telah membunuh 11 orang mangsa dan menyebabkan 44 yang lain jatuh sakit.

Biro Kesihatan Beijing semalam menyatakan bahawa ibu bapa kanak-kanak berkenaan terlibat dalam perniagaan ayam dan itik hidup.

Mangsa dimasukkan ke hospital pada Khamis selepas dilaporkan mengalami simptom demam, sakit tekak, batuk dan sakit kepala. Dia kini dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Kanak-kanak tersebut disahkan dijangkiti virus H7N9 selepas beberapa ujian dibuat oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit.

Ibu bapanya turut dikuarantin bagi tujuan pemantauan, tetapi mereka tidak menunjukkan sebarang simptom terkena jangkitan virus tersebut. - Agensi

Pesawat Lion Air terlajak landasan terjunam ke laut di Bali

Posted:

Pesawat Lion Air terlajak landasan terjunam ke laut di Bali

Pesawat Lion Air terlajak landasan terjunam ke laut di Bali


FOTO yang diambil daripada TV One menunjukkan pesawat Lion Air Boeing 737 yang mengalami retak serius selepas terjatuh ke dalam laut berhampiran lapangan antarabangsa Denpasar, Indonesia semalam.


BALI, Indonesia - Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air yang membawa 108 penumpang dan anak kapal mendarat di atas laut selepas terlajak tidak jauh dari landasannya.

Insiden itu menyebabkan lebih 40 orang cedera. Pegawai agensi penyelamat Bali, I Made Krisna Maharta memberitahu, semua yang tercedera dibawa ke tiga buah hospital.

Rakaman televisyen menunjukkan anggota polis dan penyelamat menggunakan bot getah untuk menyelamatkan mangsa. Sementara sekeping foto daripada saluran TV One pula menunjukkan terdapat satu retakan besar pada badan pesawat yang masih berada di atas air.

Pengarah Besar Penerbangan daripada Kementerian Pengangkutan, Harry Bakti Gumay menyatakan, pesawat dari Bandung tersebut terlajak daripada landasan, sebelum jatuh ke laut dari ketinggian 50 meter. Punca kejadian masih belum diketahui dan Gumay menegaskan siasatan sedang dijalankan.

Pegawai hospital menjelaskan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dibawa ke Hospital Sanglah. Mereka mengalami luka di kepala dan patah tulang.

"Pesawat sedang mendarat dan akhirnya masuk ke dalam laut. Semua orang menjerit dan panik kerana takut akan mati lemas," kata seorang penumpang, Dewi. - AP

Jepun dilanda gempa bumi 6.3 pada skala Richter

Posted:

Jepun dilanda gempa bumi 6.3 pada skala Richter

Jepun dilanda gempa bumi 6.3 pada skala Richter


SEKEPING dinding konkrit runtuh di bandar Awaji, wilayah Hyogo selepas dilanda gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter dan mencederakan kira-kira 24 orang.


TOKYO - Gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter yang melanda wilayah barat Jepun semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang cedera dan memusnahkan beberapa buah rumah.

Agensi meteorologikal Jepun bagaimanapun menyatakan, gempa tersebut tidak mencetuskan risiko berlakunya tsunami.

Gempa berlaku pada pukul 5.33 pagi berhampiran pulau Awaji, bandar Kobe dengan fokus kedalamannya mencecah 15 kilometer.

Ini merupakan gempa paling kuat yang melanda wilayah Hyogo sejak tahun 1995 apabila gempa sekuat 7.0 pada skala Richter memusnahkan bandar pelabuhan Kobe dan membunuh lebih 6,000 orang penduduknya.

Seorang wanita berusia 82 tahun di wilayah Fukui patah kaki selepas terjatuh. Sementara seorang lagi wanita berumur 74 tahun dari Hyogo mengalami patah tulang pinggul. Walaupun ramai cedera, kemusnahan yang berlaku adalah minimum.

Perkhidmatan kereta api telah dihentikan untuk pemeriksaan keselamatan, manakala lapangan terbang Kansai di Teluk Osaka pula ditutup buat sementara waktu. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan