Berita Harian: Dunia |
Posted: 13 Apr 2013 04:32 PM PDT Lebih 100 penumpang Lion Air terselamat Denpasar: Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan tambang murah Lion Air, terbabas dari landasan di lapangan terbang Bali dan jatuh ke laut semalam , namun semua 108 penumpang dan krew terselamat. "Pesawat terbabit mahu mendarat tetapi tiba-tiba terjatuh ke laut. Penumpang di dalamnya panik dan mula menjerit" Dewi, Penumpang Bakhti pada awalnya berkata pesawat terbabit tersasar dari landasan tetapi kemudian mengesahkan bahawa ia mendarat terus dalam air. Imej di tempat kemalangan menunjukkan pesawat terbabit separuh tenggelam di dalam air dengan gelungsur terbuka di bahagian pintu hadapan dan retakan besar pada bahagian belakang pesawat. Penumpang dengan memakai jaket keselamatan turut kelihatan di dalam air. Penumpang jerit Beliau cedera ringan di kepala dan dibawa ke hospital Denpasar di mana sekurang-kurangnya sembilan yang lain turut dirawat. Seorang jurucakap Lion Air berkata pesawa itu membawa 101 penumpang dan tujuh krew. Penumpang termasuk 95 orang dewasa, lima kanak-kanak dan seorang bayi. Bhakti pada awalnya berkata pesawat itu membawa lebih 130 penumpang. Katanya pesawat terbabit mula beroperasi pada 2012 dan adalah pesawat baru. "Jawatankuasa keselamatan pengangkutan kebangsaan akan menyiasat punca kemalangan. Namun memang luar biasa kerana semua penumpang terselamat," katanya. - AFP |
Saintis dakwa boleh ramal masa depan Posted: 13 Apr 2013 04:22 PM PDT Warga Iran cipta mesin buat jangkaan sehingga lapan tahun Tehran: Seorang ahli perniagaan dan saintis Iran mendakwa berjaya mencipta mesin yang membenarkan pengguna mengetahui apa yang berlaku pada masa depan bagi tempoh lapan tahun. Ciptaan saya biasanya muat dalam saiz bekas komputer peribadi dan boleh ramal perincian untuk lima hingga lapan tahun kehidupan penggunanya" Ali Razeghi, Saintis Alat itu boleh meramalkan masa depan dalam satu cetakan selepas mengambil bacaan daripada sentuhan seorang pengguna, katanya kepada agensi berita Fars. Razaeghi, 27, berkata peralatan itu berfungsi dengan satu set algoritma rumit untuk meramalkan lima hingga lapan tahun kehidupan akan datang mana-mana individu, dengan 98 peratus ketepatan. Pencipta bersiri Sebagai pengarah urusan Pusat Ciptaan Strategik Iran, Razeghi adalah seorang pencipta bersiri dengan 179 ciptaan lain disenaraikan di bawah namanya. "Ciptaan saya biasanya muat dalam saiz bekas komputer peribadi dan boleh ramal perincian untuk lima hingga lapan tahun kehidupan penggunanya. "Saya tidak akan bawa anda kepada masa depan, ia akan bawa masa depan kepada anda." Razeghi berkata, kerajaan Iran dapat meramalkan kemungkinan satu konfrontasi ketenteraan dengan sebuah negara asing, dan meramalkan turun naik nilai mata wang asing dan harga minyak dengan menggunakan ciptaannya itu. "Biasanya sebuah kerajaan dapat melihat lima tahun akan datang berupaya menyiapkan dirinya untuk cabaran yang mungkin menggugatnya," katanya. Pasarkan ciptaan "Oleh yang demikian kami jangka untuk memasarkan ciptaan ini sebaik saja kami capai satu peringkat pengeluaran besar-besaran." Razeghi berkata, projek terbarunya dikritik rakan dan saudara mara kerana 'cuba bertindak seperti Tuhan' dengan kehidupan manusia dan sejarah. Tak bertentangan agama "Projek ini bukan bertentangan dengan nilai agama sama sekali. "Alasan kami tidak melancarkan prototaip pada peringkat ini ialah China akan curi idea ini dan menghasilkan keuntungan berjuta-juta dolar dalam sekelip mata," katanya. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan