Kosmo Online - Dunia |
- Jamalul Kiram III rela dipenjara
- Pengebom berbasikal bunuh sembilan orang
- Seorang lagi dakwa dirinya Sultan Sulu
Jamalul Kiram III rela dipenjara Posted: Jamalul Kiram III rela dipenjara
MANILA, Filipina - Lelaki yang mendakwa dirinya pewaris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan, dia bersedia untuk dipenjarakan, menurut sebuah akhbar dalam talian semalam. Kenyataan itu dibuat Kiram III semasa dia melahirkan kesediaan untuk hadir di pejabat Biro Siasatan Nasional (NBI) di sini selepas mendapat perintah berbuat demikian. "Sebenarnya, saya telah menunggu untuk perintah ini ke atas saya. Jika mereka (pihak berkuasa) mahu saya masuk penjara, teruskan," kata Kiram III. "Saya sedia menjalani hukuman penjara," tambahnya. Menurutnya, dia bersedia untuk masuk penjara kerana mahu membuktikan bahawa tuntutan ke atas Sabah dibuat bukan kerana wang. Warga emas berusia 74 tahun yang menjalani rawatan dialisis dua kali seminggu itu sebaliknya berkata, dia menuntut hak daripada aspek sejarah dan moral untuk mengetuai pengikut-pengikutnya kembali ke tanah air mereka. "Tiada wang menjadi taruhan dalam isu ini. Apa yang penting ialah maruah dan kehormatan kami. Impian saya adalah untuk meninggalkan legasi untuk tanah air kami," jelas Kiram III. "Kita akan menunjukkan kepada dunia bahawa kita memiliki bukti dan hak untuk tinggal di sana (Sabah)," tambahnya. Malah, pemimpin tersebut percaya Sabah adalah sebahagian daripada tanah pusaka mereka selepas menerima kawasan di Borneo Utara itu sebagai tanda terima kasih kerana membantu Kesultanan Brunei menewaskan satu pemberontakan pada 1704. Kelmarin, jurucakap Kiram III, Abraham Idrijani mengumumkan bahawa NBI memerintahkan pemimpin itu supaya hadir di pejabat agensi tersebut lusa. - Agensi | |
Pengebom berbasikal bunuh sembilan orang Posted: Pengebom berbasikal bunuh sembilan orangPASUKAN Tentera Nasional Afghanistan dan petugas keselamatan memeriksa lokasi serangan berani mati di hadapan pintu utama Kementerian Pertahanan di Kabul semalam. KABUL - Seorang pengebom berani mati menaiki basikal membunuh sembilan orang di luar Kementerian Pertahanan semalam semasa lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat yang baharu, Chuck Hagel ke ibu kota Afghanistan di sini. Letupan tersebut berlaku dekat pintu masuk utama ke kementerian itu yang dikawal rapi manakala kumpulan Taliban mengaku serangan dilakukan sebagai tanda amaran kepada Hagel yang tiba di sini lewat kelmarin. Seorang askar Afghanistan yang berlumuran darah di lokasi kejadian berkata, dia membantu memindahkan lima orang dari kawasan serangan yang turut menyebabkan beberapa buah kereta rosak. Ketika kejadian, Hagel berada di fasiliti AS sekitar satu kilometer dari lokasi serangan tetapi beliau dipercayai bebas daripada sebarang ancaman. "Hagel sedang menghadiri satu taklimat ketika serangan berlaku. Taklimat itu bagaimanapun berjalan seperti biasa tanpa gangguan," kata seorang jurucakapnya. Menurut polis, serangan menyebabkan sembilan orang awam terbunuh manakala 13 yang lain termasuk dua anggota tentera cedera. -AFP | |
Seorang lagi dakwa dirinya Sultan Sulu Posted: Seorang lagi dakwa dirinya Sultan SuluMANILA, Filipina - Seorang lagi Sultan Sulu tampil dengan beberapa wakilnya menyatakan bahawa beliau merupakan pewaris takhta Kesultanan Sulu yang sebenar. Beberapa wakil Datuk Abinasser Sultan Badaruddin D. Mohammad Bataraza kelmarin mendakwa beliau ialah Sultan Sulu sebenar kerana berasal daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu, Jamalul Alam. Menurut dokumen yang ditunjukkan kepada laman berita Inquirer, wakil-wakil Badaruddin cuba menyakinkan Presiden Filipina, Benigno Aquino III supaya mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sejak 25 Julai 2012. Pada 24 Oktober 2012, mereka turut menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon untuk meminta bantuannya bagi tujuan yang sama. Seorang bekas koresponden Inquirer yang menjadi jurucakap lelaki berusia 74 tahun itu Arturo Sampana berkata, Badaruddin ialah anak keempat daripada lima orang anak Puteri Aishah Almarhum dan Datuk Mohammad Bataraza. Ibunya, Aishah merupakan anak perempuan Puteri Sharifah Zainab atau Puteri Indok iaitu isteri Sultan Sulu, Badaruddin II yang memerintah dari 1881 hingga 1884. Katanya, Badaruddin II ialah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila beliau meninggal dunia dipercayai akibat diracun, keluarganya termasuk Aishah keluar dari istana untuk menyembunyikan diri. Jamalul Kiram II yang ibunya merupakan isteri kedua Sultan Jamalul Alam pula menggantikan Badaruddin II sebagai pemerintah Sulu seterusnya. Sampana memberitahu, Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu berasal daripada keturunan isteri kedua Jamalul Alam. "Menurut adat keluarga diraja Sulu, hak sebagai pewaris takhta terlebih dalu diberikan kepada keturunan isteri pertama sultan yang memerintah," kata Sampana. Pada 12 Februari lalu, adik Kiram III, Raja Muda Azzimudie Kiram membawa sejumlah pengikut bersenjata memasuki Sabah untuk menuntut negeri di Malaysia Timur itu sebagai milik Kesultanan Sulu. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan