Kosmo Online - Dunia |
- Berpuluh-puluh ikan pari terdampar
- Tunang Miley main kayu tiga
- Robot humanoid mampu bergerak seperti manusia
Berpuluh-puluh ikan pari terdampar Posted: Berpuluh-puluh ikan pari terdampar
GAZA - Berpuluh-puluh ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin. Penemuan itu sekali gus menjadi rezeki beberapa orang nelayan di sini yang bertindak melapah haiwan tersebut untuk dijual di pasar. Dalam satu temu bual bersama media tempatan, seorang nelayan itu dipetik sebagai berkata, ini merupakan kali pertama ikan pari ditemui terdampar di pantai itu sejak enam tahun lalu. Media tempatan melaporkan, ikan pari itu mampu mencapai berat 76 kilogram dan ia dijual pada harga lima shekel (RM4.21) untuk 0.5 kilogram di pasar tempatan. - Agensi | |
Posted: Tunang Miley main kayu tiga
LOS ANGELES - Aktor kelahiran Australia, Liam Hemsworth didakwa curang terhadap tunangnya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Miley Cyrus, lapor akhbar The Sun kelmarin. Menurut laporan beberapa portal hiburan, Hemsworth dilihat bersama bintang rancangan televisyen Mad Men, January Jones di sebuah parti menjelang Anugerah Grammy pada Ahad lalu. Aktor berusia 23 tahun itu menghadiri parti di hotel Chateau Marmont di sini tanpa Cyrus, 20, sebaliknya dia ditemani oleh Jones, 35. Beberapa laporan menyebut, pasangan itu dilihat bercium dan berpelukan di hadapan para tetamu yang rata-rata tergamam melihat aksi mereka. "Ia kelihatan seperti mereka mempunyai keserasian. Mereka berpelukan malah, bercium," kata seorang saksi memberitahu majalah US Star. Sementara itu, Cyrus yang juga bekas bintang siri televisyen Hannah Montana pula dilihat hadir seorang diri di parti penyanyi terkenal, Sir Elton John di sini pada Ahad lepas. Hemsworth dan Cyrus mula menjalin hubungan pada tahun 2009 ketika aktor kacak itu menjalani penggambaran filem The Last Song. - Agensi | |
Robot humanoid mampu bergerak seperti manusia Posted: Robot humanoid mampu bergerak seperti manusia
ZURICH, Switzerland - Sepasukan saintis Switzerland berjaya mencipta sebuah robot humanoid yang dipanggil Roboy di Universiti Zurich kelmarin. Pengarah makmal kepintaran buatan manusia (AI) Universiti Zurich, Profesor Rolf Pfeifer berkata, sebuah pasukan terdiri daripada beberapa cendekiawan dan wakil-wakil industri telah bekerjasama untuk menghasilkan robot masa depan itu sejak bulan Jun 2012 lalu. Robot itu direka untuk kelihatan dan berkelakuan seperti seorang manusia. Para saintis yang terlibat telah mengambil tempoh masa selama sembilan bulan untuk membina robot tersebut. Katanya, apa yang membezakan Roboy dengan robot humanoid lain ialah cara ia bergerak. Robot itu dibangunkan untuk berjalan seperti seorang manusia melalui penggunaan pacuan tendon berteknologi tinggi. "Ia boleh digunakan dalam persekitaran isi rumah, yang boleh digunakan dalam persekitaran pembuatan, yang mana robot itu bekerjasama dengan orang dan saya fikir kerjasama ini adalah sangat penting. "Manusia-robot ini amat berguna. Kita juga sering bercakap tentang proses penuaan dalam kalangan penduduk. Teknologi ini dapat membantu golongan warga emas tersebut," katanya. Robot tersebut mempunyai ketinggian 1.2 meter dan diprogram dengan kecekapan mengenali muka seseorang. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan