Berita Harian: Dunia |
Posted: 01 Mar 2013 12:15 PM PST Etnik Rohingya ditemui terapung di pantai timur Sumatera Idi Rayeuk: Nelayan Indonesia menyelamatkan 63 etnik Rohingya dari Myanmar selepas kapal yang turut membawa 23 kanak-kanak didapati hanyut di luar pantai timur pulau Sumatera dekat wilayah Aceh.
"Apa yang kami tahu mereka dari Myanmar. Kami tidak tahu dari mana bot belayar oleh kerana mereka terlalu letih dan lapar untuk ditemuramah dan kami sukar berkomunikasi," kata Muhajir. Tuntut suaka Penuntut suaka itu ditahan di pejabat imigresen di bandar berhampiran Langsa dan kemungkinan dipindahkan ke sebuah pusat tahanan, kata Muhajir. Nelayan di Sumatera menyelamatkan 121 etnik Rohingya Selasa lalu dengan seorang mendakwa pihak berkuasa Thailand melepaskan tembakan ke arah mereka dan mengambil makanan serta bekalan makanan untuk mensabotaj bot oleh kerana mereka menyeberang perairan negara itu.
"Mempertimbangkan suasana di Myanmar dan Thailand, kami jangka lebih ramai etnik Rohingya ada dalam bot itu," kata Muhajir. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggap Rohingya, kumpulan etnik Islam tanpa negara adalah antara minoriti paling tertindas di dunia. Tetapi, Yangon menganggap 800,000 etnik Rohingya sebagai pendatang haram Bangladesh, menolak mereka sebagai warga negara Myanmar. - AFP |
Posted: 01 Mar 2013 12:12 PM PST Kaherah: Seorang pemimpin pembangkang Mesir berkata, beliau dan rakannya, Mohamed ElBaradei menolak jemputan untuk bertemu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry. Mereka menolak bertemu dengan Kerry ketika beliau melawat Kaherah kerana akan menghadapi tekanan daripada pegawai kanan Amerika itu.
Kerry dijangka melawat Mesir hujung minggu ini. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan