Ahad, 31 Mac 2013

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Senyuman dalam rahim

Posted:

London: Imej kabur pada skrin hospital adalah gambar pertama untuk kebanyakan bakal ibu bapa melihat anak mereka.

Bagaimanapun, perisian pengimejan terkini mampu untuk mempamerkan janin dengan maklumat yang lebih menakjubkan.


Perisian itu menjalankan pengimbasan ultra bunyi 3D konvensional dan menambah warna, tekstur kulit, pencahayaan dan bayangan. Teknologi itu menghasilkan imej yang sungguh jelas dan membenarkan ibu bapa melihat wajah anak mereka sebelum ia dilahirkan.

Terdapat juga versi 4D yang bermakna ibu bapa boleh melihat anak mereka tersenyum dan menendang dalam perut secara langsung. Ia boleh juga dirakam dan dijadikan dalam bentuk DVD.


Perisian itu membenarkan doktor mengesan masalah pada janin lebih pantas daripada sebelum ini.


Perisian itu dihasilkan oleh Dr Bernard Benoit dari Hospital Princes Grace, Monaco yang terkenal di seluruh dunia kerana komitmennya memperkenalkan teknologi imbasan ultra bunyi yang inovatif.

Foto

FOTO jelas janin membolehkan ibu bapa melihat wajah bayi mereka sebelum dilahirkan.

Foto

PENGIMEJAN terhasil dengan penambahan warna, tekstur kulit dan bayangan imbasan 3D konvensional.

Foto

TEKNOLOGI baru imbasan menunjukkan keadaan janin kembar secara terperinci.

Beliau juga pakar dalam mengesan kecacatan pada janin pada peringkat awal kehamilan. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31

Marah ibu mentua dukung anak, wanita bunuh diri

Posted:

Situbondo: Seorang wanita, Tutun, 24, mati selepas minum racun serangga apabila mengetahui anak tunggalnya didukung ibu mentuanya, semalam.

Suami wanita itu, Didik, sempat membawanya ke hospital di daerah di Jawa Timur ini tetapi dia gagal diselamatkan.


Seorang jiran berkata: "Tutun sering cuba membunuh diri. Semalam, dia melakukannya lagi dan akhirnya mati selepas minum racun serangga." Ketua polis tempatan Ipda Warsih berkata, hasil siasatan menunjukkan wanita itu mengalami tekanan jiwa.

"Dia sering mengancam membunuh diri sekiranya melihat anaknya didukung ibu mentuanya. Punca dia begitu marah dengan ibu suaminya tidak diketahui," kata Ipda. - Kompas

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31

Tiada ulasan:

Catat Ulasan