Harian Metro: Global |
Rahsia 'pelacur terhormat' didedah Posted: London: Di sebalik perwatakannya yang disegani, seorang wanita secara rahsia menjual dirinya melalui sebuah agensi pelacuran ekslusif dengan bayaran £100 (RM500) sejam. Menduduki jawatan pengerusi di satu daripada pusat akademi terbaik di Britain, Marie-Louise Couzens-Abbott juga sering mendengar pelbagai isu disiplin membabitkan pelajar dan kakitangan institusi berkenaan.
Untuk mencari pelanggan, Marie mengiklankan dirinya di banyak laman sesawang lucah dan memuat naik gambar bogel dengan mengaburkan wajahnya bagi mengelak dikenali. Wanita berusia 48 tahun itu berkunjung ke seluruh Britain untuk memenuhi tempahan di kalangan pelanggan lelaki atau wanita.
MARIE "Marie menyewa sebuah rumah pangsa di Leeds bersama dua wanita lain untuk menawarkan khidmat seks, selain menetap di rumahnya di Huddersfield dan dikenali sebagai pegawai kanan Akademi Moor End.
Ekoran pendedahan itu, Marie dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan di sekolah berkenaan. Apabila dihubungi wartawan, Marie menafikan dia pernah menjadi pelacur. - The Sun Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/18 |
Anonymous ajak penggodam sedunia 'serang' Israel Posted: Tel Aviv: Sekumpulan penggodam dikenali sebagai Anonymous didakwa bakal melancarkan serangan terancang terhadap Israel mulai 7 April ini. Untuk menjayakannya, Anonymous meminta penggodam di seluruh dunia bergabung dan menyertai gerakan #OpIsrael itu.
Kenyataan dikeluarkan oleh Anonymous menyebut, penggodam bersetuju bersatu untuk menentang Israel dan rejim Zionis itu dinasihat supaya bersedia untuk 'lenyap' dari dunia maya. "Ini bukan dilakukan seorang atau sepasukan penggodam, sebaliknya diusahakan pelbagai gerakan penggodam seluruh dunia," kata kumpulan itu. Anonymous berkata, operasi #OpIsrael itu akan mencatat sejarah sebagai serangan siber terbesar pernah dilakukan ke atas sesebuah negara. Menurut mereka, berdasarkan senarai yang dikumpulkan, sebahagian besar daripada penggodam terbabit berasal dari Timur Tengah. Sementara itu, akhbar Haaretz melaporkan, kerajaan memandang serius ancaman berkenaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan