Harian Metro: Global |
Bas terhumban dari jambatan, 14 terbunuh Posted: Beijing: Empat belas orang terbunuh selepas sebuah bas dua tingkat terhumban dari sebuah jambatan di wilayah Hubei, tengah China, semalam. Polis Lebuh Raya Hubei berkata, bas terbabit terjatuh jambatan yang merentasi Sungai Yangtze di bandar Joghzhou dan terhempas di tebing sungai.
Polis berkata, siasatan awal menunjukkan kemalangan berlaku selepas pemandu bas cuba mengelak sebuah motosikal dan hilang kawalan terus terjatuh dari jambatan. Tiada butir lanjut diberikan.
PASUKAN penyelamat dan polis di tempat kejadian kemalangan. Angka kematian biasanya tinggi kerana penggunaan bas secara berleluasa memandangkan ia pilihan paling murah bagi kebanyakan rakyat negara itu. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/14 |
Posted: Los Angeles: Bayaran pampasan berjumlah berjuta-juta dolar akan dibayar kepada beberapa pelajar sebuah sekolah menengah rendah tempat seorang guru dituduh mencabul kanak-kanak dan menyuapkan mereka air maninya. Mark Berndt memaksa pelajarnya mengambil bahagian dalam permainan 'rasa' apabila dia memberikan air maninya yang disapu pada biskut dan sudu. Pendakwa raya berkata, guru itu kadang kala menutup mata pelajar dengan kain dan merakam aksi mereka.
Pendakwa raya, Raymond Boucher berkata semalam, setiap pelajar itu mungkin diberi pampasan berjumlah $470,000 (RM1.4 juta), Berndt yang mengajar selama 32 tahun di Sekolah Rendah Miramonte di Los Angeles mengaku tidak bersalah dalam kes jenayah itu.
Enam bulan kemudian pada awal tahun persekolahan, 43 daripada guru terbabit kembali ke sekolah Miramonte yang distruktur semula dengan guru besar baru. Manakala selebihnya bersara atau dipindahkan ke sekolah lain. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan