Berita Harian: Dunia |
Posted: 17 Feb 2013 01:43 PM PST Quetta: Seorang penyerang bunuh diri meletupkan bom di sebuah bazar kawasan puak Syiah bandar Hazara semalam menyebabkan 84 orang maut termasuk wanita dan kanak-kanak manakala 200 lagi cedera. Bom itu diletak dalam tangki air menggegarkan bazar berkenaan di Hazara, pinggir Quetta, pusat minyak dan gas wilayah Balochistan. Letupan berlaku jam 6 petang waktu tempatan.
Khuatir ada tertimbus Kami khuatir ada beberapa orang lagi tertimbus. Kerja menyelamat sedang dijalankan tetapi saya rasa sukar untuk mereka hidup, katanya. Jurucakap kumpulan militan yang diharamkan, Lashkar-e-Jhangvi (LeJ) mendakwa kumpulan itu bertanggungjawab. Setiausaha Dalam Negeri wilayah, Akbar Hussain Durrani, berkata wanita dan kanak-kanak adalah antara yang cedera dan maut serta mengesahkan ada penduduk mungkin dihempap runtuhan bangunan.
Pegawai dan saksi berkata, sekumpulan penduduk mulanya beramai-ramai tidak membenarkan anggota polis, penyelamat dan wartawan untuk sampai ke tempat kejadian. Mereka marah dan memulakan bantahan, ada juga yang membaling batu ke arah polis sebelum wakil kerajaan dan unit perubatan dibenarkan masuk, kata Durrani.
Balochistan yang terletak di sempadan Iran dan Afghanistan semakin kerap menyaksikan keganasan antara puak Sunnah dan Syiah. Dua puak itu meliputi seperlima daripada 180 juta penduduk Pakistan. Pada 10 Januari lalu, sekurang-kurangnya 93 maut dan 121 lagi cedera selepas dua penyerang bunuh diri letupkan bom di Quetta. Angka korban keganasan pengikut mazhab mencapai 400 orang pada tahun lalu, kebanyakannya menerusi tembakan dari dalam kenderaan.
|
Pendatang boleh jadi rakyat Amerika Posted: 17 Feb 2013 01:42 PM PST Washington: Rumah Putih merangka satu pelan membenarkan pendatang haram untuk menjadi warga tetap sah Amerika Syarikat dalam masa lapan tahun, lapor majalah USA Today semalam. Rancangan terbabit akan memperuntukkan dana keselamatan tambahan dan memerlukan pemilik perniagaan untuk memeriksa status imigresen mana-mana pekerja baru dalam masa empat tahun.
Berdasarkan draf berkenaan yang didakwa USA Today diedarkan di kalangan pelbagai agensi kerajaan, pemohon visa juga perlu lulus pemeriksaan latar belakang jenayah, maklumat biometrik dan membayar yuran. Kad pengenalan khas Sebaik diluluskan, mereka dibenarkan untuk tinggal di Amerika secara sah, bekerja dan meninggalkan negara itu dalam tempoh singkat tanpa kehilangan status mereka. Satu kad pengenalan baru juga akan membuktikan pendudukan sah mereka di negara itu.
Dengan memiliki kad hijau, pendatang terbabit boleh memohon untuk mendapatkan kerakyatan Amerika.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan