Kosmo Online - Dunia |
- Ucapan Obama terganggu kerana lalat
- Pejabat Ikhwanul Muslimin dibakar
- Putera Turki minta penentang Bashar dibekalkan senjata
Ucapan Obama terganggu kerana lalat Posted: Ucapan Obama terganggu kerana lalat
WASHINGTON - Seekor lalat menganggu Presiden Amerika Syarikat (AS, Barack Obama yang sedang berucap di dalam sebuah bilik di White House di sini kelmarin. Lalat tersebut berterbangan dekat Obama dan hinggap di dahinya buat seketika. Ketika kejadian, Obama sedang berucap bagi mengumumkan bekas peguam, Mary Jo White sebagai calon yang akan mengetuai Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan.
Dalam ucapannya itu, beliau turut mengumumkan Richard Cordray sebagai calon yang bakal mengekalkan jawatan sebagai Pengarah Biro Perlindungan Kewangan Pengguna. Presiden AS itu juga cuba menghalau lalat tersebut daripada mendekatinya. Bagaimanapun, Obama turut membuat komen tentang lalat itu. "'Orang ini' (lalat) mengganggu saya di sini," katanya. Pada tahun 2009, Presiden AS itu pernah membunuh seekor lalat yang sedang terbang semasa beliau menghadiri rakaman temu ramah televisyen. Sebuah kumpulan pembela hak asasi haiwan kemudian membantah perbuatan Obama yang membunuh lalat tersebut. - Agensi | |||
Pejabat Ikhwanul Muslimin dibakar Posted: Pejabat Ikhwanul Muslimin dibakarSEJUMLAH penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Morsi di Dataran Tahrir, Kaherah. ISMAILIYA - Para penunjuk perasaan Mesir semalam membakar ibu pejabat parti yang disokong pergerakan Ikhwanul Muslimin di sini, kata seorang wartawan agensi berita AFP. Asap hitam juga boleh dilihat keluar dari tingkap pejabat Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP). Sejumlah rakyat Mesir mengadakan perhimpunan seluruh negara bagi menunjukkan bantahan terhadap Presiden Mohamed Morsi pada ulang tahun kedua revolusi yang menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir. Pihak Ikhwanul Muslimin berkata, para penunjuk perasaan juga cuba menyerbu salah sebuah pejabatnya di daerah Tawfikiya, Kaherah. Seorang koresponden agensi berita AFP di tempat kejadian berkata, para penunjuk perasaan membaling batu ke arah sebuah bangunan dan dikejar oleh beberapa penduduk Tawfikiya. Bunyi tembakan turut kedengaran. - AFP | |||
Putera Turki minta penentang Bashar dibekalkan senjata Posted: Putera Turki minta penentang Bashar dibekalkan senjataDAVOS, Switzerland - Seorang anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Turki Al-Faisal semalam mendesak para penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad dibekalkan senjata. Para penentang Bashar telah menguasai wilayah utara negara itu dan menawan kawasan timur serta selatan Damsyik. "Saya tidak berada di dalam kerajaan. Justeru, saya tidak perlu berdiplomasi. "Saya menganggap kita sedang menghantar senjata api dan jika kita tidak menghantarnya, ia bakal menjadi kesilapan besar," katanya. Putera Turki merupakan bekas ketua sebuah agensi perisikan Arab Saudi. Kerabat diraja itu bercakap kepada pemberita pada Forum Ekonomi Sedunia di sini. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan