Berita Harian: Dunia |
Posted: 08 Jan 2013 01:08 PM PST Washington: Presiden Mesir, Mohamed Mursi akan menggesa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama supaya membebaskan perancang serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 1993, Sheikh Omar Abdel Rahman. Mursi yang diwawancara Cable News Network (CNN) memberitahu rancangannya untuk membincangkan kes warga Mesir buta itu yang dihukum penjara seumur hidup di penjara Amerika. Hubungan di antara Amerika dan Mesir menjadi rumit selepas Mursi menang. Menyentuh mengenai Sheikh Omar, Mursi sekali lagi berkata: Saya mahu dia dibebaskan. Tetapi, beliau juga berkata: (Namun) Saya hormati undang-undang. Di Mesir dan Amerika. Adakah beliau berpeluang dibebaskan? Saya mendoakannya. Perkara ini patut dikaji semula kerana hubungan baik Mesir dan Amerika, jika boleh mengikut undang-undang. Jika boleh dan saya harapkan begitu, aspek kemanusiaan patut diambil kira, supaya tempat penahanannya lebih baik, anggota keluarganya dibenarkan melawat dan beliau ada teman berbual. Sheikh Omar yang memimpin kumpulan Jamaa Islamiya, didapati bersalah pada 1995 kerana peranannya dalam serangan itu yang menyebabkan enam orang maut dan beratus-ratus lagi cedera selepas sebutir bom meletup dalam garaj bangunan berkenaan. |
Obama umum ketua baru Pentagon, CIA Posted: 08 Jan 2013 01:04 PM PST Washington: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, mencalonkan bekas Senator Republikan, Chuck Hagel untuk memimpin Pentagon (Jabatan Pertahanan) manakala pegawai kempen memerangi keganasan, John Brennan mengetuai Agensi Perisikan Pusat (CIA). Mereka dijangka mendapat kelulusan Senat meskipun Hagel dibidas pemimpin Republikan kerana pandangannya dalam isu Israel dan Iran.
Chuck Hagel layak memimpin tentera. Beliau seorang wira Amerika, katanya, merujuk kepada dua anugerah pingat Purple Heart sebagai askar di Vietnam. Apabila Chuck kena serpihan bom, adiknya menyelamatkan beliau. Apabila adiknya cedera kena letupan periuk api, Chuck bertaruh nyawa menyelamatkannya. Sehingga hari ini, Chuck ada parut daripada serpihan bom itu dan pertempuran atas nama kita, kata Obama. Hagel, 66, dikenali sebagai seorang yang tidak takut memberi pandangan dan mungkin banyak menghadapi soalan sebelum diluluskan kerana baru-baru ini mengkritik lobi Yahudi dan menentang sekatan tertentu terhadap Iran.
Tiada bukti langsung menunjukkan saya anti-Israel, tiada undi saya pernah menjejaskan Israel, katanya. Brennan, 57, mungkin lebih mudah mendapat kelulusan Senat meskipun menghadapi persoalan mengenai teknik soal siasat meragukan ketika pentadbiran Presiden George W Bush selain menguruskan program pesawat kawalan jauh. Pakar Asia Barat yang fasih berbahasa Arab dan veteran CIA selama 25 tahun itu menggantikan David Petraeus yang meletakkan jawatan November lalu selepas mengaku menjalin hubungan luar nikah dengan penulis bukunya, Paula Broadwell.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan