Rabu, 30 Januari 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pesakit tembak doktor hingga mati

Posted: 30 Jan 2013 02:46 PM PST

Los Angeles: Seorang pesakit menembak mati pakar urologi yang pernah merawatnya di Pusat Kesihatan Hoag, Isnin lalu, kata Polis Newport Beach.

Dr. Ronald Franklin Gilbert, 53 disahkan mati di tempat kejadian manakala Stanwood Fred Elkus, 75, dari Lake Elsinore ditahan kerana disyaki melakukan pembunuhan.

Polis menerima panggilan jam 2.45 petang berikutan beberapa kejadian tembakan di pejabat perubatan di 250 Superior Ave, kata jurucakap jabatan polis, Kathy Lowe.

Suspek ditahan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Doktor berkenaan mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian tubuhnya.
Bagaimanapun, tembakan berkenaan tidak mencederakan orang lain termasuk pekerja, pesakit dan pegawai perubatan lain yang turut berada di tempat kejadian.

Berita televisyen mengenal pasti Elkus sebagai seorang bekas pesakit Gilbert.
Berdasarkan maklumat peribadi talian Gilbert, dia berkahwin, mempunyai dua anak dan berkelulusan Kolej Perubatan UCI pada 1987 dan menjadi doktor serta pakar bedah selama 23 tahun.
Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan