Ahad, 13 Januari 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Bicara Mubarak sekali lagi

Posted: 13 Jan 2013 12:07 PM PST

Mahkamah Mesir terima rayuan bekas presiden

Kaherah: Mahkamah Mesir semalam mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak dibicarakan semula selepas menerima rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya kerana kematian penunjuk perasaan pada 2011.

Mubarak, 84, dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly dan ketua keselamatan atasan akan dibicarakan sekali lagi, kata Mahkamah Rayuan selepas sesi keterangan ringkas.
Mahkamah menerima rayuan Mubarak, Adly dan pendakwaan, dan membatalkan semua arahan terdahulu oleh mahkamah jenayah Kaherah," Ahmed Ali Abdelrahman, Hakim Mahkamah Mesir

Arahan itu disambut dengan teriakan 'Hidup Keadilan!' oleh penyokong Mubarak yang menjulang gambar bekas presiden itu dan berpelukan dalam kamar mahkamah, dengan berpuluh-puluh lagi di luar menjerit "Kami sayang kamu, presiden!"
Bagaimanapun, Mubarak, anaknya dan Adly kekal dalam penjara kerana berdepan kes berasingan.

Tarikh belum ditetap

Hakim Ahmed Ali Abdelrahman memberitahu mahkamah beliau menerima rayuan Mubarak, Adly dan pendakwaan, dan membatalkan semua arahan terdahulu oleh mahkamah jenayah Kaherah.
Tarikh belum ditetapkan untuk perbicaraan baru, kata sumber perundangan.
Keputusan dibuat menjelang ulang tahun kedua kebangkitan popular yang menumbangkan Mubarak, hampir dua minggu lagi, dan membuka jalan kepada pemilihan Presiden Mohamed Morsi.

Pada 2 Jun lalu, Mubarak dan Adly dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana gagal menghalang kematian lebih 800 penunjuk perasaan dalam kebangkitan rakyat yang bermula pada 25 Januari 2011.

Enam ketua keselamatan yang dibicarakan dalam kes sama dibebaskan ketika itu.

Mubarak dan dua anaknya, Gamal dan Alaa – satu ketika dulu menjadi simbol kekuasaan dan kekayaan di negara itu – dibebaskan daripada tuduhan rasuah kerana melepasi had perundangan.

Arahan itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara, dengan beribu-ribu penduduk memenuhi jalan raya untuk meluahkan kemarahan kerana tiada siapa didapati bersalah membunuh penunjuk perasaan.

Kelmarin, Mubarak disoal siasat berhubung dakwaan terbaru rasuah dan diarahkan ditahan selama 15 tahun sementara menanti siasatan.

Beliau dituduh menerima hadiah bernilai tujuh juta pound Mesir (RM3 juta) daripada akhbar negara itu, Al-Ahram.

Kesihatan semakin teruk

Berikutan hukuman Jun lalu, Mubarak dipindahkan ke penjara Tora di selatan Kaherah selepas berada selama 16 bulan di hospital di pusat peranginan Laut Merah di Sharm el-Sheikh dan kemudian di Kaherah.

Kesihatannya semakin teruk dan agensi berita negara melaporkan beliau sudah mati selepas ketika koma. Sejak itu Mubarak berdepan masalah kesihatan kronik dan kini dirawat kerana patah rusuk dan ada cecair dalam paru-paru di hospital tentera di Kaherah. - AFP

Kes rogol baru di India

Posted: 13 Jan 2013 12:05 PM PST

Amritsar: Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit memperkosa seorang wanita dalam kes rogol terbaru India.

Mangsa menaiki bas untuk ke rumah mentua di Punjab apabila dia diculik pada Jumaat lalu dan dibawa ke Amritsar, kata pegawai polis, Raj Jeet Singh.

Penculik membawa mangsa ke sebuah lokasi tidak diketahui dan memperkosa secara bergilir-gilir sebelum melepaskannya dekat kampung mentuanya pagi kelmarin, kata Raj.

"Enam orang ditahan atas tuduhan merogol wanita berusia 29 tahun selepas menculiknya. Mereka bertindak ganas merogol mangsa," katanya lagi. Seorang lagi suspek sedang diburu polis. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan