Harian Metro: Global |
Posted: 07 Dec 2012 04:57 PM PST BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia - dihasilkan daripada tahi gajah. Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.
Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360).
Dinkin - menghabiskan lebih RM900,000 untuk mengembangkan idea berkenaan - berkata, apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan "Akhirnya, anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa," katanya. Kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini, di kenali sebagai Kopi Luwak, yang terhasil daripada proses perkumuhan musang. Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi. Kata lelaki berasal dari Kanada itu, gajah juga diberi makan pisang, tebu dan pelbagai bahan lain. "Ia memberikan rasa tambahan yang menarik," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
Pelayan kapal mewah nyaris maut dibaham buaya Posted: 07 Dec 2012 01:55 PM PST PERTH: Percutian seorang pelayan kapal mewah di Australia Barat baru-baru ini ternyata meninggalkan 'kesan mendalam' kepadanya apabila dia diserang buaya. Bagi Tara Hawkes, 23, dia sangat bersyukur kerana terselamat walaupun serangan reptilia ganas sepanjang tiga meter itu menyebabkan dia mengalami parut di pahanya. Kata Tara, dia sedang mengayuh sampan di kolam air tawar di Dugong Bay ketika serangan berlaku.
"Saya tak mampu berbuat apa-apa dan buaya itu memperlakukan saya seperti anak patung mainan," katanya.
"Hanya selepas ternampak air bertukar merah, barulah saya sedar Tara dalam bahaya," katanya. Bersama seorang lelaki lain, Sartori berenang ke arah Tara.
Disebabkan hilang terlalu banyak darah, Tara terpaksa diterbangkan dengan helikopter ke hospital berhampiran.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan