Berita Harian: Dunia |
Abhisit hadapi 700 dakwaan cuba bunuh Posted: 19 Dec 2012 03:02 PM PST Kes berpunca daripada pertumpahan darah protes 2010 Bangkok: Bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban mungkin menghadapi lebih 700 tuduhan cubaan bunuh berhubung keganasan politik pada April dan Mei 2010. Laporan lain mengatakan, Abhisit juga mungkin menghadapi tuduhan melakukan serangan fizikal membabitkan 800 orang lagi. Kaji semula kes Tarit berkata, penyiasat akan mengkaji semula kes bersama pendakwa raya sebelum mengemukakan tuduhan cubaan membunuh terhadap Abhisit dan Suthep, lapor akhbar The Nation. Tarit berkata, penyiasat diarah memisahkan kes 1,500 orang yang cedera, mereka yang parah dan yang cedera ringan. Abhisit yang menjadi Perdana Menteri mulai 2008 hingga 2011 dan Suthep akan dituduh cuba membunuh dalam kes membabitkan orang yang parah selain dakwaan melakukan serangan fizikal dalam kes selebihnya. Sumber berkata, Tarit juga mengarahkan penyiasat memisahkan kes kecederaan kepada empat kategori termasuk tarikh dan lokasi. Kumpulan pertama mangsa yang cedera di persimpangan Khok Wua pada 10 April 2010. Kumpulan kedua, ketiga dan keempat membabitkan mereka yang cedera pada 13 hingga 19 Mei 2010 di beberapa lokasi termasuk Ratchaprasong, Bon Kai, Din Daeng dan Phya Thai. Tarit berkata, DSI mungkin menunggu sehingga sesi Parlimen seterusnya tamat pada 19 April sebelum mengemukakan dakwaan ke atas Abhisit dan Suthep dalam kes cubaan bunuh. - Agensi |
Posted: 19 Dec 2012 03:00 PM PST Newtown: Rancangan ibu untuk menghantarnya ke pusat sakit jiwa mungkin punca Adam Lanza bertindak membunuh 20 kanak-kanak dan enam dewasa di sebuah sekolah rendah Connecticut. Kemungkinan motif serangan itu didedahkan seorang penduduk tempatan yang mengenali keluarga Lanza dan beberapa keluarga mangsanya.
"Dia bertindak begitu kerana percaya ibunya lebih sayangkan sekolah itu daripada anak sendiri," kata Joshua Flashman, 25, yang tinggal tidak jauh dari sekolah berkenaan. Flashman, seorang Marin, adalah anak paderi di gereja yang sering dikunjungi penduduk. "Daripada apa yang diberitahu kepada saya, Adam tahu ibunya memohon kepada hakim supaya dia dimasukkan ke pusat jagaan psikiatri. Salah faham
Seorang pegawai penguatkuasa undang-undang yang terbabit dalam siasatan mengesahkan Adam marah dengan rancangan ibunya dan ia diteliti sebagai antara motif serangan. Dokumen penjagaan Flashman diberitahu Nancy sudah menghantar dokumen untuk tujuan penjagaan anaknya itu tetapi perkara ini tidak dapat disahkan lagi kerana ia biasanya rekod sulit. Permohonan itu perlu dibuat bagi membolehkan Nancy mendapat hak menghantar anaknya sebagai orang dewasa ke pusat berkenaan meskipun tanpa kerelaan Adam. Adam Lanza bersekolah di Sekolah Rendah Sandy Hook dan ibunya pernah menjadi petugas sukarela di sana selama beberapa tahun, kata Flashman. Sementara itu, polis gagal mendapatkan semula data dalam komputer Adam kerana bahagian 'hard drive' dirosakkan penyerang itu, kata penyiasat. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan