Kosmo Online - Dunia |
- Amaran Hamas kepada Israel
- Dunia semakin teruk tercemar karbon dioksida
- 110 negara sokong hukuman mati dimansuh
Posted: Amaran Hamas kepada Israel
GENTING GAZA - Komander tertinggi sayap tentera Hamas, Mohammed Deif memberi amaran, Israel akan menerima padah jika ia berani melancarkan serangan darat ke dalam wilayah Palestin ini. "Pihak musuh (rejim Zionis) akan menerima padah jika ia merancang untuk masuk ke Gaza," kata Mohammed yang merupakan komander Briged Ezzedine Al-Qassamzz kepada stesen televisyen Hamas, Al-Aqsa. "Perang darat merupakan harapan terbaik untuk membebaskan tahanan Israel," tambahnya. Beliau merujuk kepada rancangan pejuang Palestin untuk menawan askar-askar Israel dan menukarnya dengan tahanan Palestin sekiranya Tel Aviv menceroboh Gaza. Dalam perkembangan terbaharu, pasukan perubatan di sini menyatakan seramai enam penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara tentera Israel yang masuk hari ketujuh semalam Angka kematian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat keganasan Israel kini meningkat kepada 116 orang termasuk sejumlah wanita dan kanak-kanak. Serangan udara dan bedilan artileri Tel Aviv itu yang bermula pada 14 November lalu turut mencederakan lebih daripada 920 orang awam. Mengulas serangan terbaharu itu Tentera Israel menyatakan, operasi semalam melibatkan kira-kira 100 sasaran di sini yang dibedil dengan pesawat pejuang dan meriam. Salah satu sasaran tentera Israel merupakan Bank Islam Kebangsaan milik pejuang Hamas yang rosak teruk selepas diserang. Dalam perkembangan berkaitan, sebuah roket yang ditembak dari sini mengenai sasaran dekat Baitulmuqaddis tetapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda. Pasukan Briged Al-Qassam mengaku melancarkan roket tersebut ke arah bandar Baitulmuqaddis yang ditakluki Israel. Perkembangan itu berlaku ketika Mesir yang menjadi pengantara gencatan senjata antara Israel dan Gaza menyatakan pertempuran yang berlaku akan tamat minggu ini. Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menghantar Setiausaha Negara Hillary Clinton ke Asia Barat untuk menghentikan pertempuran antara Israel dan Hamas. White House berkata, Hillary akan berjumpa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmuqaddis, pegawai-pegawai Hamas di Ramallah dan pemimpin Mesir di Kaherah bagi mencari jalan penyelesaian. - Agensi | |
Dunia semakin teruk tercemar karbon dioksida Posted: Dunia semakin teruk tercemar karbon dioksidaGENEVA - Agensi meteorologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, pencemaran karbon dioksida (CO2) di udara adalah paling tinggi pada tahun lalu. Agensi berkenaan yang dikenali sebagai Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) memberitahu, kadar kandungan CO2 di atmosfera kini meningkat 40 peratus berbanding sebelum Zaman Industri yang bermula sekitar tahun 1700. Beberapa pegawai WMO semalam turut berkata, terdapat 30 peratus peningkatan kesan pemanasan iklim dunia antara tahun 1990 dan 2011 yang berpunca daripada gas CO2 hasil pembakaran bahan api fosil. Setiausaha Agung WMO, Michel Jarraud berkata, sebanyak 350 bilion metrik tan gas CO2 dilepaskan ke atmosfera Bumi sejak tahun 1750. - AP | |
110 negara sokong hukuman mati dimansuh Posted: 110 negara sokong hukuman mati dimansuhLONDON - Sebanyak 110 buah negara menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memansuhkan hukuman mati. Resolusi yang dibuat setiap dua tahun sekali itu mencipta rekod sokongan paling tinggi oleh negara-negara dunia. Malaysia mengambil pendirian tidak bersetuju dengan resolusi terbabit. Namun, resolusi tersebut turut mencetuskan jurang perbezaan antara negara-negara anggota PBB yang sebelum ini merupakan sekutu rapat. Resolusi tersebut ditentang oleh 39 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Jepun, China, Iran, India, Korea Selatan, Syria dan Zimbabwe manakala 36 buah negara lain bersikap berkecuali. Israel bertindak menentang sekutu kuatnya, AS apabila menyokong resolusi tersebut bersama negara-negara Kesatuan Eropah, Australia, Brazil dan Afrika Selatan. Pada tahun 2010, sebanyak 107 buah negara menyokong resolusi badan dunia itu. Resolusi tersebut dibuat sebelum perhimpunan kongres sedunia bagi menentang pelaksanaan hukuman mati yang akan diadakan di Madrid, Sepanyol pada Jun 2013. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan