Berita Harian: Dunia |
Posted: 21 Nov 2012 01:58 PM PST Tel Aviv: Seramai 17 penduduk Israel cedera dalam letupan dalam bas berhampiran Kementerian Pertahanan semalam, kata perkhidmatan kecemasan Israel. Letupan berlaku ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, berada di Israel untuk berunding dengan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengenai cara menamatkan pertumpahan darah di Gaza sejak minggu lalu.
Polis berkata, letupan berlaku di Jalan Shaul HaMelech yang terletak di belakang kementerian pertahanan Israel.
|
Perdamaian di Gaza masih samar Posted: 21 Nov 2012 01:56 PM PST Baitulmaqdis: Pertempuran terus berlaku di sempadan Gaza semalam di sebalik usaha keras di rantau itu untuk melaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan keganasan selama seminggu yang mengorbankan 136 penduduk Palestin dan membunuh lima penduduk Israel. Usaha diplomatik membabitkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton; Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Presiden Mesir, Mohamed Morsi tetapi perjanjian menamatkan serangan Israel di Gaza masih sukar. Beliau menyatakan pengumuman gencatan senjata tidak akan dibuat sehingga beliau selesai melawat Ramallah dan Kaherah untuk berunding dengan Morsi. "Beberapa hari ini, Amerika akan bekerjasama dengan rakan kami di Israel dan seluruh rantau untuk mencari penyelesaian yang meningkatkan keselamatan bagi Israel, memperbaiki keadaan penduduk Gaza dan bergerak ke arah keamanan menyeluruh untuk semua penduduk rantau ini," katanya. Sumber pejuang di Gaza pada awalnya berkata perjanjian itu sepatutnya diumumkan di Kaherah malam kelmarin berikutan rundingan dianjurkan Mesir antara Israel dan Hamas. Namun pegawai Hamas berkata, rundingan tidak langsung masih berterusan, ketika pegawai Mesir di Kaherah memberitahu pengumuman gencatan senjata tidak dijangka malam ini kerana masih menanti reaksi wilayah Yahudi itu. "Kami berusaha keras menggunakan saluran diplomatik. Kami bekerja berterusan. Namun saya tidak boleh memberikan anda waktu tepat pengumuman perjanjian itu," katanya. Ketika mengadakan rundingan lewat malam di Baitulmaqdis, Netanyahu memberitahu Clinton beliau bersedia dengan penyelesaian jangka panjang selagi serangan roket dari Gaza dihentikan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan