Kosmo Online - Dunia |
- Tentera Syria terus bedil Homs, Aleppo
- Carey dakwa Minaj mahu menembaknya
- Guna darah sendiri sebagai dakwat lukisan
Tentera Syria terus bedil Homs, Aleppo Posted: Tentera Syria terus bedil Homs, Aleppo
DAMSYIK - Sejumlah jet pejuang Syria yang dibantu unit meriam dan kereta kebal membedil kubu pemberontak di bandar raya Homs, tengah negara berkenaan semalam, kata beberapa aktivis. Serangan tersebut adalah yang paling hebat ke atas kedudukan pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) sejak beberapa bulan lalu. Bedilan meriam dan kereta kebal serta jet pejuang itu dilancarkan serentak dengan serangan ke atas kedudukan FSA di bandar raya Aleppo, utara Syria. Tindakan tentera Presiden Bashar Al-Assad memperhebatkan serangan ke atas FSA menunjukkan Damsyik tidak menghiraukan ketegangan yang kian memuncak dengan jirannya, Turki. Semalam, Parlimen Turki meluluskan operasi ketenteraan di luar sempadan negara berkenaan jika keadaan memerlukan selepas sebutir peluru meriam Syria tersasar ke kawasan penduduk awam di Turki. Seramai lima orang awam maut dalam insiden tersebut kelmarin. Dalam perkembangan berkaitan, Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain melaporkan, serangan tentera Syria kali ini mengenai beberapa kawasan penempatan awam di Khaldiya, dalam bandar raya Homs. "Sekitar waktu subuh, tentera Bashar seperti menggila, mereka menghujani kawasan ini dengan peluru meriam," kata seorang aktivis di Homs yang dikenali sebagai Abu Rami kepada agensi berita Associated Press (AP) melalui satu panggilan video semalam. "Sebanyak lima peluru meriam atau roket mengenai kawasan ini pada setiap minit," tambahnya. Lelaki tersebut berkata, bedilan roket dan artileri itu disasarkan ke atas beberapa kedudukan FSA di kawasan Homs Lama, Khaldiya, Qusour dan Jouret El-Shayah di bandar raya berkenaan. Katanya, masih belum ada laporan berhubung angka kecederaan atau kematian akibat serangan terbaharu itu. Kebangkitan rakyat Syria menentang pemerintahan Bashar yang bermula pada Mac tahun lalu merebak menjadi perang saudara. Menurut kumpulan pemerhati berkenaan, lebih 30,000 orang terbunuh sejak penentangan tersebut tercetus. - Agensi | ||
Carey dakwa Minaj mahu menembaknya Posted: Carey dakwa Minaj mahu menembaknyaMariah Carey NEW YORK - Penyanyi bersuara lantang, Mariah Carey yang kini menduduki kerusi penjurian rancangan pencarian bakat terkenal, American Idol menuduh Nicki Minaj yang juga merupakan juri pertandingan tersebut mengancam mahu menembaknya. Dalam satu temu bual bersama Barbara Walters untuk rancangan The View yang disiarkan di saluran ABC, Carey mengadu kepada Walters bahawa dia berasa terancam dengan ugutan itu lalu bertindak mengupah beberapa orang pengawal keselamatan tambahan. Tidak lama selepas kenyataan tersebut disiarkan, Minaj menyelar Carey melalui satu status di laman sosial Twitter miliknya. Dia menulis: "Tiada sebarang bukti yang mengatakan saya mahu menembaknya. Tetapi semua orang akan percaya kenyataan tersebut kerana saya seorang penyanyi berkulit hitam." Khabar angin mengenai pertelingkahan antara dua penyanyi itu bertiup kencang sebaik sahaja nama-nama panel juri diumumkan bulan lepas. Musim baru American Idol bakal disiarkan pada Januari 2013. - Agensi | ||
Guna darah sendiri sebagai dakwat lukisan Posted: Guna darah sendiri sebagai dakwat lukisan
NEW YORK - Seorang pelukis Amerika Syarikat, Vincent Castiglia menggunakan darah sendiri untuk menghasilkan karya lukisannya. Pelukis berkenaan melancarkan pameran lukisan terbaharunya, Resurrection yang dibuka kepada orang ramai sejak semalam hingga akhir bulan ini. Pameran tersebut menampilkan sejumlah lukisan Castiglia yang dihasilkan sejak sepuluh tahun lalu. Semua karya tersebut dihasil menggunakan darahnya sendiri. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan