Sabtu, 6 Oktober 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pengguna Facebook kini 1 bilion

Posted: 05 Oct 2012 12:55 PM PDT

Satu pertujuh penduduk dunia habiskan masa secara aktif di halaman sosial

NEW YORK: Rangkaian halaman sosial Facebook kini mempunyai 1 bilion pengguna yang menghabiskan masa secara aktif, kata Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg semalam. Angka berkenaan dicapai pada 14 September jam 12.45 tengah hari, dan bermakna kira-kira satu pertujuh daripada penduduk dunia kini adalah ahlinya.

Tidak dapat dipastikan bagaimana pengguna aktif ini didefinisikan tetapi NBC melaporkan bahawa pengguna palsu dan akaun terbiar tidak dikira dalam jumlah 1 bilion terbabit.

Membantu satu bilion penduduk berhubung adalah menakjubkan, hebat dan setakat ini adalah perkara paling membanggakan dalam hidup saya," Mark Zuckerberg, Ketua Eksekutif Facebook

Halaman sosial yang dicetuskan oleh Zuckerberg ketika beliau di Havard kira-kira sedekad lalu, kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis permainan di talian.

Zynga dan Electronic Arts pada masa ini tersenarai di dalam syarikat di bawah Facebook dengan nama The Ville dan The Sims Sosial manakala pembangun permainan Insomniac Games, baru-baru ini melancarkan permainan pertamanya, Outernauts.

Zuckerberg juga berkongsi beberapa perkara lain dalam Facebook. Berdasarkan data dari syarikat terbabit Facebook antara lain memiliki:

* 1.13 trilion 'like' sejak dilancarkan Februari 2009.
* 140.3 bilion hubungan rakan.

* 219 bilion gambar yang dimuatnaikkan (265 bilion jika gambar yang dipadamkan dikira)

* 17 bilion lokasi tag pos, termasuk daftar masuk (check-in)

* 62.6 juta lagu dimainkan sebanyak 22 bilion kali.

Maklumat lain mendedahkan umur pengguna utama Facebook adalah 22, menurun daripada 23 ketika Facebook mencecah 500 juta pengguna pada Julai 20010.

Sebagai tambahan pengguna yang masuk ke Facebook melalui alat mudah alih kini berjumlah 600 juta.

Secara keseluruhan ahli Facebook menjadi rakan antara satu sama lain sebanyak 140.3 bilion kali, mengirim sejumlah 1.13 trilion 'like', dan 219 bilion gambar, kata firma terbabit. - Agensi

Raja Abdullah bubar Parlimen

Posted: 05 Oct 2012 12:52 PM PDT

Amman: Pihak Pembangkang Jordan hampir mengadakan perhimpunan pembaharuan beberapa jam selepas pemerintah Jordan, Raja Abdullah ll membubarkan parlimen dan mempercepatkan tarikh pilihan raya tahun ini.

Demonstrasi ini adalah siri terbaru protes rakyat Jordan sejak Januari 2011 untuk pembaharuan politik dan ekonomik serta tuntutan pembasmian korupsi.

"Raja Abdullah mengambil keputusan untuk membubarkan dewan perwakilan khamis ini untuk menetapkan pilihan raya yang lebih awal. Tiada lagi tarikh muktamad tetapi beliau mahukan pilihan raya diadakan akhir tahun ini," kata jurucakap Istana Jordan.
Pihak pembangkang Jordan dari parti Ikhwan Muslimin berkata mereka hampir mengadakan perhimpunan yang di rancang selepas Solat Jumaat bersama 50,000 penyokong. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan