Harian Metro: Global |
Posted: 30 Oct 2012 11:19 AM PDT BHOPAL: Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam. Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.
Dengan 13 jari tangan dan 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal apabila gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar itu. Kata Arpan, dia seronok apabila ramai orang melihat dan mengambil gambarnya.
Ekoran satu kemalangan ketika Arpan berusia dua tahun, satu daripada jarinya 'putus.' Kata Anil, Arpan sedang bermain apabila jarinya tercedera sebelum ia seolah-olah tertanggal.
"Arpan kini terkenal di seluruh Bhopal dan kami mahu ia kekal begitu," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31 |
Polis China gigit penyepit makanan untuk belajar senyum Posted: 30 Oct 2012 11:14 AM PDT BEIJING: Polis China dikenali sebagai antara pasukan keselamatan paling terlatih dalam dunia. Disebabkan kesukaran dan cabaran dihadapi dalam latihan itu, anggota polis terbabit mungkin sukar untuk tersenyum.
Untuk mencapai matlamat itu, peserta diberi sebatang penyepit makanan dan mereka dikehendaki menggigitnya sambil tersenyum.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan